Monday, October 26, 2009

Projek Sepang golcost ancam nelayan tempatan

Kampung Bagan lalang yang terletak ditepi pantai kira2 45 minit dari KLIA merupakan pantai peranginan yang sedang meningkat naik.Pantainya agak berlumpur tetapi masih selesa bagi pengunjung untuk bersantai dan mandi manda.Banyak kemudahan awam dibena untuk pengunjung.

Di sana terdapat projek besar yang dibangunkan oleh kerajaan negeri bersama dng sebuah syarikat swasta diberi nama 'Sepang Goalcost'.Kerja2 membuat rumah terapong berbentuk pokok kelapa sawit{palma} sedang giat dibangunkan.Kabarnya seunit rumah berharga paling murah 160,000 ke 800,000 ribu .Ia berkonsepkan atap lalang yang diimpot dari Indonesia dengan peralatan perabut yang bermutu tinggi.

Kalau dulu Bagan Lalang kurang dikenali,cuma tempat segelintir nelayan menangkap ikan tetapi dengan terdirinya projek 'rumah di atas air'ini ia sekali gus telah menarik ratusan pengunjung pada setiap hujung minggu.


Kita sememangnya berbangga dengan projek besar tersebut,namun adakah ia tidak menjadi satu ancaman besar bagi nelayan2 yang menangkap ikan.

Projek yang dibangunkan di atas tanah kerajaan negeri semasa era Khir Toyo ini pada mulanya mendapat tentangan dari nelayan tempatan kerana ditakuti akan mencemar perairan dan mengganggu sistem hidupan laut lebih2 lagi ikan dan lain2.

Projek ini telah terhenti sekian lama, namun setelah perbincangan diantara Persatuan nelayan dan agensi kerajaan negeri yang terlibat mencapai kata sepakat, ia diteruskan dan kemungkinan akan dirasmikan pada penghujung tahun ini.

Dari tinjauan yang telah dilakukan kpd nelayan2,pendapatan mereka agak terjejas akibat atap yang diperbuat dari lalang jatuh kelaut.Atap ini pula mengandungi bahan kimia yang menjadi masaalah besar kpd ikan2 untuk menetap dan singgah mencari makan.

Rungutan dan kemarahan dari nelayan pada suatu ketika dulu memuncak apabila di dalam jaring mereka terdapat terlalu banyak lalang2 yang membuatkan hasil tangkapan mereka terjejas teruk.Jaring2 yang sepatutnya dipenuhi ikan telah bertukar kpd helaian lalang yang agak tajam dan keras.

"Bayangkan lah, kalau daun lalang telah penuh di dalam jaring,macam mana ketam dan ikan2 lain nak kena"rungut seorang nelayan kpd saya dengan nada marah."kami nelayan persisiran pantai,dan projek rumah Sepang Gold Cost pun di tepi pantai,banyak barang2 mereka spt atap dan kayu2 jatuh serta hanyut dibawa air"tambahnya lagi.


Mereka memberitahu beberapa bulan yang lepas, terdapat puluhan atap daun lalang hanyut di bawa arus dan mereka terpaksa mengutip satu persatu,dan masaalah tersebut telah di ajukan kpd pihak kontraktor supaya lebih berhati agar perkara tersebut tidak berulang.

Seorang nelayan pukat hanyut yang menjaring ikan tenggiri parang terpaksa menyelam ke perut Boat untuk menanggalkan lilitan karung plastik yang kukuh dan kental di daun kipas kerana kipas boat tidak berfungsi.Karung plastik berwarna putih itu digunakan untuk membungkus lalang2 tersebut.

"Saya terasa kotak{bot} saya bergegar dan terlalu berat ditambah dengan muatan jaring seberat 2 tan,Injin hampir berasap kerana daun kipas telah dilit sesuatu"keluh nelayan tersebut."Bayangkan kerana kecuaian seseorang kami menjadi mangsa mereka"tambahnya lagi.


Sebenarnya telah banyak rungutan dan bantahan secara mulut kemulut berlaku,dan baru2 ini perkara tersebut telah mendapat perhatian pemaju.Persatuan Nelayan Sepang telah mengadakan beberapa kali perbincangan dng pihak pemaju dan ada berita mengatakan mereka bersetuju membayar sejumlah wang kpd yang terlibat lebih kurang 50-60 orang nelayan yang berlesen.

Setakat berita ini ditulis perbincangan terhenti begitu saja, besar kemungkinan wang yang ditakrifkan sebagai ganti rugi'daun lalang' tersebut tidak menjadi kenyataan.

Pokoknya adakah pencemaran daun lalang akan terhenti setakat itu saja.Atap tersebut berada di atas bangunan rumah yang terletak di dalam air.Apabila ribut kuat berlaku ia berkemungkinan besar akan menerbangkan sebahagian besar daun2 tersebut.

Baru2 ini telah berlaku kebakaran yang melibatkan sebanyak 10 unit rumah 'ats air'Sepang Gold coast. Atap2 daun lalang berterbangan bersama2 kayu yang dimakan api.Semuanya jatuh kelaut dan hanyut kedalam sungai sekiranya air pasang dan hanyut ketengah laut jika air surut.Akhirnya nelayan2 yang menjadi mangsa dan menerima akibatbya.

Apakah jaminan pemaju kepada nelayan kecil begini? Mereka yang boleh diibaratkan 'kais pagi makan pagi,kais petang makan petang'hanya melihat saja.Ada mata pandang, ada telinga dengar begitulah kata2 bidalan yang boleh disamakan.


"Saya dah muak dng janji2 kosong pihak pemaju"ujar seorang nelayan kpd saya."Kami tidak anti kpd pembangunan tetapi pihak mereka mesti bertimbangrasa dan memikirkan sekiranya berlaku pencemaran air dan lain2 disebabkan projek, mereka mesti bertanggungjawab".Dia menyarankan suatu jawatan kuasa bertindak perlu ditubuhkan yang dianggotai oleh ahli Persatuan Nelayan dan Sepang Coldcoast.


Cadangan tersebut ada kebenarannya, kerana rumah2 di atas air ini juga kekal sekian lama dan sudah semestinyalah akan berlaku perkara sebegini biarpun persiapan rapi dan canggih digunakan.


Dengar khabar,runah2 tersebut telah dibeli oleh warga asing dan orang tempatan tidak mampu membeli dengan harga sedemikian.Mungkin ada sebilangan orang tempatan yang membeli untuk di jadikan sebagai rumah 'persinggahan' di hujung minggu.


Oleh itu,kerajaan negeri mesti memantau dng serious perkembangan projek ini dari segala aspek.Penguasa tempatan mesti kerap meninjau ke Bagan Lalang.LKIM mempunyai banyak aktiviti rumah 'chalet' untuk pengunjung2 menginap.Mereka telah bertapak puluhan tahun lamanya.Orang2 melayu golongan pertengahan menjadikan 'chalet' tersebut sebagai pilihan utama untuk menyewa.

Begitu juga Persatuan Nelayan Sepang yang mempunyai ahli lebih 300 orang.4 etnik bangsa mejadi ahli nelayan,melayu,china,India dan Asli.Mereka mesti dibela demi menyambung sisa2 kehidupan.


Tanpa mereka,Ikan,ketam udang dan hidupan laut lain tidak akan naik ke darat.Mereka juga membantu negara dalam ekonomi dan amat wajarlah keluhan dan rintihan mereka di utamakan.

Pun begitu,Persatuan Nelayan Sepang mesti berani menongkah arus,sampai bila 'chalet' persatuan Nelayan nenompang di tanah yang masih lagi tiada hitam putih.Sepang Golcoast akan menjadi kemegahan kerajaan negeri,dan biarlah Persatuan Nelayan Menjadi kemegahan nelayan pula.Setidak2nya akan bertambah 'chalet' di atas nama persatuan.

Kita berharap 'win-win situation'akan berlaku di Bagan Lalang,tanah keramat yang majoritinya 'orang jawa' yang telah menetap puluhan tahun lamanya,tapi ada yang meramalkan tempat peranginan ini akan sedikit demi sedikit lenyap disebabkan limpahan projek2 'untuk orang kaya'menjadi 'lebih kaya.'


Seorang Datuk telah menimbun tanah di hujung laut berhampiran dengan Post-PGA,Hotel akan didirikan,begitulah ceritanya.Hari2 lori tanah berulang alik dan jalan keBagan Lalang pun sebok dengan lori yang membawa pasir kuning.Sekali lagi penduduk2 akan 'makan habuk' dan jalan2 akan berlobang.


Berduyun2 pelabur ke Bagan Lalang.Bertuahnya Bagan Lalang,tetapi ia tidak bertuah untuk nelayan2 kerana kemungkinan ikan2 akan mencari tempat yang lebih sesuai untuk mereka hidup.Sudah sampai masanya persatuan memikirkan sebarang kemungkinan berlaku dan tindakan Pro-aktif harus di fikirkan dari sekarang.


Akhirkata,sekiranya Projek Sepang gold cost benar2 menjadi ancaman kpd nelayan tempatan buat masa2 yang akan datang,bentuk pembelaan yang bagaimanakah harus dilaksanakan demi masa depan nelayan.Sepang gold cost telah mendapat kebenaran dari kerajaan negeri dan hampir keseluruhan tanah di pinggir pantai akan dimajukan yang memakan masa berpuluh puluh tahun lamanya.Restoran2 'the ship' akan di bina yang berkonsepkan makanan laut.Berbagai jenis minuman disediakan.Ia bertepatan dengan ciri kemewahan nama syarikat tersebut {sepang Gold-cost}.Kita sekadar memandang keufuk timur...Bagan oh bagan..Jumpa lagi wazkur..rabbaka..fi..nafsika..

No comments:

Post a Comment