Wednesday, November 11, 2009

Sampai masanya ulama sunnah hapuskan wahabi.

Dr Asri bekas mufti Perlis bukan calang2 orang.Kalau tidak masakan kerajaan negeri Perlis mengambil beliau sebagai Mufti.Kerja Mufti memberi fatwa berbagai2 hukum,termasuk bab tauhid,feqah,syariat dan yang bersangkutan soal2 furukiah.
Negeri Perlis memang diakui ramai yang berfahaman wahabi{asal usul dari fahaman muktazilah dalam bab tauhid}.Ramai yang tidak menjalankan upacara talkin bila ada kematian,tidak mengadakan kenduri arwah dan tahlil kononya bidaah dan sesat kerana Rasullallah tidak pernah membuatnya.

Kalau diimbau kembali,seingat saya banyak bekas2 mufti di Perlis berfahaman Wahabi,dan dengar kabar Mufti sekarang pun berfahaman Wahabi.Semua orang tahu,bahawa Perlis ialah pusat wahabi dan perdebatan secara ilmiah oleh ulama2 terdahulu lebih 500 tahun telah berlaku terutama berkenaan bab Tauhid serta aqidah.Perdebatan sunnah-Wahabi telah berlaku dimana2 termasuk di Indonesia.'Bergegarnya Bumi Acheh'itulah gelaran yang diberi,bila berlaku perdebatan secara Ilmiah diantara sunnah dan Wahabi.Gelaran 'kaum Muda' juga telah melekat sahingga sekarang.

Tetapi dengan kehebatan Ilmu 'akal' atau ilmu mantiq Dr Asri yang telah mendapat gelaran 'bapak tegar Wahabi'telah berjaya menghidupkan dan mempopularkan fahaman Wahabiahnya serta mendapat liputan akbar utama.

Mungkin itulah tujuan asal DR asri dihati kecilnya, kerana dalam tempoh dia menjadi Mufti Perlis banyak ulama2 wahabi dari negara2 arab berseminar dan membentangkan kertas kerja mereka.Dlam pada masa itu juga kecaman2 kepada orang ahli sunnah waljamaah telah dilakukan secara tersirat.Dr Asri juga tidak membenarkan ulama2 luar sunni masuk ke perlis untuk mengadakan seminar2,tetapi mereka menafikan perkara tersebut.Itulah fahaman Wahabi yang cukup lecik dan suka bersembunyi di sehelai daun lalang. Sebagai contoh pada masa dahulu apabila wahabi mula menguasai tanah suci Mekah,mereka telah banyak meruntuhkan Makam2 para2 Aulia kerana di katakan kurafat dan bidaah.Persoalannya mengapakan makam2 itu pula di robohkan?Sebenarnya para2 waliallah secara amnya amat menentang fahaman wahabiah yang begitu tersasar jauh dalam bab tauhid.

Perdebatan Wahabi{kaum muda atau mudah} tidak akan berakhir mungkin kehari kiamat,kerana ulama2 wahabi pandai berdolak dalik dan mereka sebenarnya telahpun terkunci hujah dangan nas2 dan hadis2 saheh,namun mereka tetap berdolak dalik.

Apabila Dr Asri kembali sebagai seorang pejuang Wahabiah,Saya hanya tersenyum,kerana kekadang saya turut megikuti progaram 'Bicara Mufti'.Pernah saya mendengar dia berkata sekiranya ayat2 suci yang dibaca untuk penerang hati{air jampi} diminum oleh seseorang itu benar2 mujarab,mengapa tidak Nabi dizamannya menawarkan atau menghembuskan saja air sungai Nil untuk diberi minum kepada umatnya biar pandai,dan kpd yang kafir akan masuk Islamlah mereka,begitulah lebih kurang maksud Dr Asri yang mengganggap 'jambi air,air yang di tulis dalam bejana sebagai kurafat lagi bidaah.

Saya tidak mau mengulas perkara tersebut,kerana banyak hadis2 saheh yang membenarkan malah Nabi sendiripun melakukannya.Disini kita akan nampak terlalu ceteknya ilmu Dr Asri,mungkin kerana ketebalan fahaman Wahabinya telah menolak awal2 hadis2 yang menerangkan tentang perkara tersebut.

Dr Asri juga seorang penentang ilmu Tariqat,kerana sememangnya ini adalah dasar Wahabiah yang begitu membenci dengan 'ahli2 zikir'.Mereka mengatakan perkara ini bidaah yang amat besar dan pengamal ahli zikir ini telah mereka reka amalan tersebut.

Sebab itulah DR asri dalam tulisannya di ruangan akbar yang masih saya simpan keratannya ,telah mempertikaikan Imam Ghazali.Mengapa dengan tiba2 dia berminat menghentam Imam Ghazali sedangkan imam Ghazali telah meninggalkan dia lebih 500 tahun dahulu.Ulama2 Wahabi memang dari dahulu hingga sekarang telah menjadikan Imam al-ghazali sebagai musuh mereka kerana Al-ghazali ialah perintis Ilmu Tasawuf yang banyak memasukkan amalan Zikirullah untuk mengubat hati.

Ilmu Imam Ghazali ibarat laut yang tidak bertepi,Beliau mengusai keseluruhan ilmu terutama Ilmu tasawuf.Kitab2 Imam Ghazali telah di kaji oleh orentalis2 barat dan mereka mengakui kehebatannya isi kitab tersebut.Imam Ghazali adalah Mujadid kurun yang kelima,Ketinggian ilmu 'Rohani 'beliau membolehkan beliau dapat melihat alam ghaib dan sebagainya.

Siapa pula Dr Asri? Layakkah dia memkritik Imam Ghazali.Adakah dia mengkritik atau ingin memperlecehkan ilmu tasawuf atau tarikat.Ilmu Tarikat atau 'tariq' ialah ilmu rasa dan dia perlu kepada bimbingan guru Mursyid yang senantiasa beramal dng ilmu.

Dr Asri memang sedang mengikuti acuan bapak2 wahabi sekarang.Dia telah membuatkan masyarakat muda yang tidak memahami secara mendalam ilmu tauhid akan terpinga2.Sebagai contoh dalam pelajaran ilmu tauhid,tuhan tidak berjisim,tuhan tidak berjirim dan lain2,dan apabila bab ini menjadi isu ,masyarakat tidak berilmu akan terpinga2.


Oleh itu,sudah sampai masanya Ustaz2.mubaliq2 tok guru2 menceritakan kesesatan pegangan tauhid dasar Wahabiah ini.Kalau dahulu Imam Ghazali boleh berdebat untuk mempertahankan Akidah Sunnah dari serangan fahaman muktazilah dari seorang yang begitu alim dan tinggi ilmunya tetapi tidak bertauhidkan sunnah, Imam Ghazali berjaya membetulkan pegangannya.

Dr Asri wajib dibetulksn pegangan tauhidnya,Dia seorang yang masih muda lahir selepas merdeka yaitu tahun 1971,kerana mungkin semasa beliau belajar di Jordan pensyarah2 beliau berfahaman wahabiah.Memang di akui Jordan juga merupakan pusat wahabiah.

Kita jangan lupa bahawa AL-sheik Hassan Assyari yaitu bapak dan pelopor aliran sunnah waljamaah pada asalnya ialah berfahaman muktazilah. Dia mengecam Sunnah dengan hebatnya.Tetapi akhirnya,beliau telah menentang gurunya dalam bab Tauhid yang berhubung dengan 'takdir'.Akhirnya beliau mengarang kitab untuk menentang pegangan gurunya yang jelas menyeleweng dan boleh menjejaskan akidah.

Sekiranya Dr Asri terlalu banyak berhujah menggunakan akal tanpa membuat rujukan dengan hadis2 yang saheh,ditakuti Syaitan akan membantu pemikiran beliau.Sepatutnya Dr Asri harus menunjukkan sifat2 tawaduk sebagai seorang bekas mufti,bukan cepat melenting apabila musibah atapun kritikan berlaku keatasnya.Hanya Allah yang maha mengetahui isi hati seseorang...Wazkur..rabbaka..fi..nafsika..jumpa lagi

No comments:

Post a Comment