Tuesday, September 29, 2009

Semakin ramai penyokong Pas mahu anak tempatan calon di Bagan Pinang.

Teka teki siapakah calon Pas Bagan pinang akan terjawap pada 3 oktober 09 ini.PJ NS diura2kan bertanding dan lawannya adalah bekas MB Tan Sri Isa Samad.Adakah percaturan meletakkan PJ NS,saudara Zul benar2 menggugat Umno dan Isa Samad di Bagan Pinang Negeri Bertuah ini?(jika Isa dicalonkan Umno)

Saya akan cuba mengupas persoalan ini dengan tidak memihak mana2 parti,biarpun saya 'hardcore'Pas dulu kini dan selama2nya.
Tapi isu calon di Bagan Pinang agak menarik,rata2 blogers banyak mmenulis dan memberi pendapat berkisar tentang calon Pas dan Umno.Agak bertuahlah calon yang terpilih khususnya Pas kerana seluruh negara memerhatikan PRU kecil ini dng penuh debaran.Dipehak BN pula,Najib tak tidur lena kerana awal2 lagi isu calon telah menampakkan tidak sehaluan sesama mereka.

Sebagaimana yang diketahui,Isa Samad adalah ketua bahagian Umno Telok Kemang,Bagan Pinang merupakan tempat tumpah darah dan kampung kelahirannya,malah beliau dikatakan begitu rapat dengan pengundi2 di sana.Awal2 lagi Umno T.kemang mahukan Isa menjadi calon mungkin kerana 2 faktor yang berbeza.

Kita telah mengetahui, amalan undi protes, memboikot P'raya kecil,dan mengsabotaj kempen2 merupakan amalan ahli2 Umno sekiranya calon yang mereka idamkan tidak terpilih,dan ditakuti 'penyakit' ini akan menjangkit kali ini sekali gus umno terlepas satu lagi kerusi dun diNS.

Sebagai contoh, pada P'raya lepas di dun Lenggeng,Datuk Ishak selaku Ketua Umno bahagian Seremban tidak dicalonkan,maka undi protes berlaku dimana PJ NS saudara Zul telah berjaya mengurangkan undi BN hampir 60%.Ketika itu undi protes datang dari pantai tempat kelahiran Datuk Ishak.

Sebenarnya, peluang telah terbuka bagi PJ NS untuk menang,tetapi atas sebab2 lain pengundi masih tidak 'terbuka hati'untuk menghantar calon Pas ini ke dewan undangan negeri Sembilan.Perbalahan pemimpin umno bahagian Seremban begitu ketara,ditambah dengan sikap dan pergaulan Mustafa Salim(sekarang Yb Lenggeng yang ditangkap rasuah dan masih perbicaraan mahkamah)yang rapat bergaul dng masyarakat.

Jadi, inilah yang ditakuti oleh pemimpin atasan khususnya Najib,begitu juga Mat Hassan dimana sekiranya kekalahan menyebelahi Bn,tanda2 awal kejatuhan BN NS 'NEGERI beradat'akan menjadi kenyataan.

Imej kekalahan 7-0 BN sebelum ini,akan bertambah parah lagi sekiranya Bagan Pinang jatuh ketangan PR.Percaturan politik Najib, Isa Samad,Mat Hassan dan Muhyudin Yassin sedikit sebanyak memberi impak yang kurang sehat bagi BN
Kita mengetahui secara umum yang Najib mahukan Isa sebagai Calon,dan Mahyudin agak kurang 'senang'jika Isa sebagai calon.Mat Hassan yang pada mulanya nampak menyebelahi Mahyyudin,akhirnya terpaksa mengalah kemungkinan beliau tidak mahu menanggung risiko apatahlagi Najib merupakan boss no 1.

Pun begitu,BN masih mempunyai kekuatan di Bagan pinang,dimana Pas perlu memasang strategi dan melipat gandakan kempen khususnya disaat2 hari mengundi,Begitu juga dengan calon yang akan bertanding,mestilah pandai mengambil hati pengundi dan mempunyai ketrampilan sebagai seorang pemimpin.

Kemenangan pas agak tinggi harganya,mungkin penuh dengan onak dan duri,apatah lagi sekiranya bukan anak tempatan tidak tercalon.Trend pengundi disatu2 p'raya kecil agak susah dianalisis,ini bergantung kpd banyak sebab,tetapi isu2 utama spt anak tempatan, 'rengan tangan'pemurah, amanah,tidak meninggi diri senantiasa menjadi tajuk utama bagi mereka.

Sekiranya PJ NS menjadi calon, besar kemungkinan Umno mempunyai peluang yang agak cerah, apalagi jika Isa Samad menjadi calon.Sebagaimana yang diketahui Isa mempunyai sanak saudara yang begitu banyak,malahan jasa Isa di T.kemang terlalu banyak.Sudah semestinyalah mereka akan membalas 'budi' tersebut melalui undi.

Isa akan menyakini pengundi2 bahawa sokongan ahli Umno seluruh negara kpdnya masih ada dan sementelahan pula dia telah berjaya menduduki kerusi naib presiden satu ketika dahulu sebelum digantung .Desa desus menyatakan akan dilantik sebagai MB NS sembilan sebenarnya merupakan 'perang sekologi' BN kepada pengundi2 di Bagan Pinang bagi memenangkan Isa.Oleh itu sekiranya dia kalah,maka terlepaslah orang Bagan Pinang sebagai MB.Sejauh mana kebenarannya masih menjadi teka teki politik.

Tetapi,bagi PJ NS pula, sekiranya terpilih menjadi calon, dan mengalami kekalahan ,sudah pasti kedudukan Saudara Zul sebagai PJ tergugat,kerana sedikit sebanyak pimpinan Pas NS cuba akan mencari Pesuruh Jaya baru yang benar2 dan memberi kemenangan kapada Pas.Malah berita2 yang kurang enak tentang dirinya mula 'berbunyi'
setelah mantan ketua pemuda Pas Negeri Sembilan Saudara Hassamudin Sulaiman membawa diri ke Sabah Keningau.

Saudara Hassamudin merupakan orang yang bertanggungjawab membawa saudara Zul kedalam Pemuda Pas NS ketika itu, dan melantiknya sebagai timbalan ketua pemuda pas
di atas kepercayaan penuh dan setia kawan yang tinggi.Kabarnya tiada sekalipun saudara Zul bertanya kabar apatah lagi menghubungi Mantan ketua pemuda pas tersebut sahingga kini biarpun melalui talipon.Ini yang menjadi perbualan hangat dikalangan mereka,dan macam2 andaian dibuat.

Oleh itu, PJ NS mesti lah bersikap terbuka,dan jangan sesekali menjadikan Pas sebagai wadah untuk mencari kemasyuran,nama pangkat dan harta.Biarlah manusia menilai kita diatas kerja2 kebajikan yang dilaku,dan jauhkan sifat meninggi diri,kerana akhirnya akan memakan diri.Sekira berjaya menjadi YB ia satu kemenangan bagi Pas dan satu kebangkitan Pas NS dalam kancah politik negara...wazkurrabbaka ..fi...nafsika..

Thursday, September 24, 2009

Pas perlu letak anak tempatan di Bagan Pinang

Desas desus mengatakan Pj Pas NS menjadi calun di Bagan Pinang sedikit sebanyak melegakan Umno T.Kemang.Ini kerana mereka tau Saudara Zul yang merupakan calun dun Lenggeng telah beberapa kali tewas dlm PRU yang lepas.Pada PRU yang lepas Saudara Zul tewas kpd Mustafa kamal yang merupakan pendatang baru malah YB Lenggeng itu tidak disenangi oleh beberapa cawangan Umno ketika itu.
Sebelum ini saudara Zul telah tewas ditangan Datuk Ishak yang merupakan ketua bahagian Umno Seremban ketika itu.Sebenarnya pada PRU yang lepas,merupakan peluang keemasan bagi PJ NS untuk merasa menjadi YB namun sikap kurang 'mesra'dan mengambil hati pengundi tempatan menjadi faktor utama kekalahannya.Ini ditambah lagi dng permasaalah dalaman Pas Kawasan Seremban.

Sebenarnya Saudara Zul perlu menyelesaikan kemelut Pas Kawasan Seremban yang masih lagi digantung hampir 8 tahun,ekoran perebutan menjadi PJ Pas NS ketika itu.Kabarnya sahingga sekarang pengikut yang setia kpd bekas PJ lama saudara Mk Ibrahim masih tidak mengiktiraf saudara Zul sebagai PJ NS

Ada percubaan untuk menyelesaikan dan mendamaikan semula ahli Parti,bahkan saudara Mat sabu yang dilantik sebagai 'orang tengah'ketika itupun 'pening kepala'melihat karenah mereka.

Apakah saudara Zul ingin melihat perkara itu terus berlaku,setelah Dr Rosly Yaakop cuba menyelesaikannya tetapi gagal lalu membawa diri ke Bangladesh.Namun sahingga sekarang Pas Kawasan Seremban masih bergolak dikalangan mereka.

Ada beberapa faktor yang menjadikan perkara ini tidak dpt diselesaikan,malah peristiwa Isu Ko-Falah yaitu satu koperasi yang di tubuhkan pada tahun awal 1998 kononnya untuk menubuhkan sekolah menengah Islam lanjutan Pasti yang telah berjya megumpulkan ratusan ribu ringgit tapi malangnya telah mengalami kerugian dan ramai dikalangan ahli yang melabur puluhan ribu tidak mendapat kembali wng keuntungan,malah pelaburan pokok pun lenyap begitu saja.

Saya masih ingat nama2 besar dlm Pas kawasan Seremban ketika itu, Spt saudara Ali Maidin,Hj Ghazali Maasum dan beberapa pimpinan Pas yang begitu aktif mencari ahli baru bagi tujuan pelaburan'kononnya akan mendapat keuntungan sahingga 60%.

'Kami telah diperdaya oleh jemaah sendiri,dan kami amat kesal di atas sikap Ahli Lembaga Pengarah Ko-Falah yang tidak dapt mengembalikan semula pelaburan pokok kami'kata salah seorang dari pelabur.


Ada dikalangan ahli yang melabur mencecah 30,0000,seorang bagi niat untuk membantu keujudan sekolah menengah Islam tajaan keporasi khususnya PAS NS.
Kabarnya, pakar pelaburan dalam keporasi ketika itu yaitu saudara Ali Maidin nasih aktif mengusahakan peleburan dinar Iraq disamping projek tanaman tembikai.Saya igin bertanya kpd saudara Ali Maidin,adakah saudara terlupa dengan peristiwa Ko-Falah yang begitu megguris hati dan perasaan ahlinya.Adakah keporasi ini ditubuhkan benar2 untuk memberi keuntungan atau ada niat lain bagi melenyapkan wang ahli yang terkumpul dengan cara begitu berhemah.

Saudara Ali Maidin sendiri pernah pergi ke UK untuk melabur,dan dia begitu arif dan bijak dalam saham Nasdaq dn sbgnya.Tetapi apakah kesudahan koperasi ini, hampir 10 tahun telah berlalu,ia tiada pembelaan dikalangan koperasi sendiri.Hj Ghazali Maasum sendiri pernah menerangkan di dalam ceramah Ko-Falah sekiranya mencarum sebanyak rm10,000 tanpa diambil keuntungan selama 8 tahun angkanya akan menjadi 100,000,itulah janji Koperasi ketika itu.

Saya merasakan,Pas Ns perlulah mencari jalan penyelesaian, kerana dalam perjuangan untuk menegakkan hukum Allah dan kalimah Allah tidak harus ada penipuan,penyelewengan dan penindasan secara tersirat di dalam hati kecil.Adakah kemenangan itu boleh menjamin segala sikap dan perbuatan turut berubah?

Saudara Zul selaku PJ mesti mencari jalan dan perlu bersikap terbuka dan tidak sombong diri,anggap jawatan itu penghubung kepada surga Allah dan kebajikan dunia yang tidak perlu kepada pujian manusia.Biarlah kita tidak terkenal di bumi tetapi terkenal di langit.Segala apa pekerjaan yang dilakukan mestilah berpijak dng hukum Allah.

Yang penting setiap pejuang Islam mesti ada 3 ilmu pokok untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.Kekuatan Ilmu tauhid,usuludin atapun ilmu kalam yang merupakan tunjang aqidah kpd esanya Allah.Dia pencipta, dan bumi ini diciptanya harus saja baginya.dia tidak berjirim dan berjisim.Yang kedua, ilmu tasawuf yaitu ilmu hati yang merupakan ibu segala ilmu dan tempat bermulanya perbuatan.Mujahid Islam hojatul Imam Al-Ghazali adalah pakar ilmu tasawuf dan ilmunya ibarat laut tidak bertepi.Malangnya ramai dikalangan pendokong jemaah tidak mahu mempelajari secara bersungguh2,malah ada dikalangan mereka mencaci dan memperlekehkan ilmu ini,dan ketiganya ilmu feqah untuk ibadah kpd Allah.selepas itu beramallah dengan ilmu dan teruskan perjuangan menegakkan hukum disamping kekuatan rohaniah kita dengan Allah sentiasa berhubung setiap detik.

Oleh itu,wa ima siapa saja yang menjadi calon,perlu muhasabah diri,tetapi sekiranya anak tempatan Bagan Pinang menjadi calon peluang agak cerah,dan sekira PJ menjadi calon peluang Pas tipis.Pas pusat perlu ambil kira dari segala aspek dan perlu turun keakar umbi meneliti nama calon biarpun calun itu tidak di kenali diperingkat tertinggi tapi yang penting ia disayangi serta disenangi oleh penduduk bagan Pinang yang tidak pernah memberi undi kepada pembangkang sebelum ini.

Umno telok Kemang di bawah Isa Samad berakar umbi selama puluhan tahun,dan ia merupakan kubu Umno dimana Isa mempunyai saudara dan ipar duai berlori lori di sana.
Pas perlu bergerak dan merobohkan tembok tersebut biarpun ia nampak mustahil tapi boleh berlaku kejutan sekiranya pendekatan politik berhemah diguna pakai bagi memikat pengundi.

Memang diakui sebelum ini,Pas berjaya membawa ribuan penyokong2 ke tempat pilihanraya,bagi meguatkan sokongan moral parti,sekali gus menggusarkan Umno, namun kekadang tidak dpt membantu kemenangan calon kerana faktor2 gerak gempur Umno yang berselindung disebalik wang ringgit dan janji2 manis oleh pemimpin dan menteri2 yang berkempen kelak.


Perlu diingat,NS adalah negeri adat.Sesetengah pengamal adat sanggup 'MATI ANAK JANGAN MATI ADAT'dan mungkin mereka juga memegang konsep 'jangan mati Umno biar mati Pas,kerana Umno dan adat begitu dekat dihati mereka.Masih ramai dikalangan tok2 ketua,tok2 kodompa dan ketua JKKK atau dengan singkatan 'jawatan kuasa jin kacau kampung'berpihak kpd Umno dan mereka sayangkan Umno lebih dari anak sendiri.

Sebab itulah pda PRU yang lepas Pas hanya berjaya mendapat 1 kerusi di dun Paroi,dan PJ NS tersungkur di kampung sendiri dun Lenggeng.Sebaliknya Parti keadilan yang tidak banyak cawangan berjaya memenangi beberapa kerusi.Pas perlu memikirkan perkara ini,cawangan banyak tapi masih gagal dlm pilihanraya pada kontek di NS.

Pas dinegeri Sembilan mempunyai ramai tokoh2 yang berwibawa.Mereka mempunyai ustaz2 yang berjiwa pejuang,beramal dengan ilmu, dan mempunyai pengaruh dikalangan penduduk setempat.Begitu juga ahli akademik yang bergerak sebagai ahli parti maupun penyokong parti.Kita telah berjaya menyatukan mereka pada pilihanraya tahun 2000,lambakan idea dan infak2 untuk kerja pilihanraya begitu banyak sahinggakan beberapa orang doktor telah mengistiharkan diri sebagai ahli Pas.

Biarpun berlaku pertelagahan pendapat, namun ia tidak menjejaskan ukhuwah dan parti ketika itu, sahinggalah sampai kepada isu PJ dan Pas kawasan Seremban yang bergolak sahingga sekarang.Mengapa Saudara Zul masih tidak berjaya merungkai masaalah ini,dimana Lenggeng di dalam kawasan Pas Seremban,atau saudara Zul sengaja tidak mau menyelesaikannya.Ini perlu diberi penjelasan dan lebih 8 tahun Pas Kawasan Seremban digantung tanpa tali.Pas Pusat perlu campur tangan demi perjuangan dan ahli2 Pas Kawasan Seremban.lebih2 lagi PJ bersikap terbuka.


Oleh itu, sekiranya Pas meletakkan Saudara Zul sebagai calon di Bagan Pinang,sudah tentu agak mudah bagi Umno untuk menang, dan isu kekalahannya tempat sendiri akan dijadikan isu utama bagi Umno.Isa Samad yang mempunyai strategi bagi'come back' dlm politik beliau dimana mungkin disokong oleh PM sudah pasti akan 'all out'pada pilihanraya kecil ini.Ini merupakan permulaan yang baik bagi Isa untuk meyakinkan PM bahawa dia masih berkuku dan masih menyelitkan keris bujang tanpa bersarung di pinggangnya.

Ada dikalangan pemerhati politik berkata,akan berlaku keretakan di NS sekiranya nama Isa di tolak sebagai calun diBagan Pinang.MB sedang memerhatikan dengan penuh berhemah kerana pada adatnya memanglah Isa menjadi calon.Agak sukar duduk di dalam negeri beradat ini,kerana tok2 adat kebanyakannya masih memegang keris bujang di pinggang mereka apabila pergi bermesyuarat.Ini ditambah dng Pak Rais Yatim yang memang pakar adat perpatih yang menjadi tonggak kekuatan NS.Pada dasarnya adat memang bagus jika menuruti sunnatullah dan hukum Allah,tapi ia akan jtuh haram jika berlawanan dng hukum Allah.


Pertembungan kali ini sudah pasti menarik,banyak open hause dan makan free disediakan oleh kawan dan lawan,mmungkin pembaziran makanan berlaku malah mungkin menjadi sahabat syaitan buat beberapa ketika,mungkin lambakan kain pelikat, basikal copper,bantuan secara ad-hoc ditambah dengan suasana raya yang masih hangat.


Kita akan berpeluang melihat kelibat pendebat2 dan pemidato2 khususnya Ustaz Hadi,Dato' Seri Anwar Ibrahim yang akan turun ke Bagan Pinang kampung yang bertuah selepas raya,dengan lambakan projek2 raksasa oleh pihak berkuasa.

Tapi sayangnya Pesuruhjaya Pas NS bukanlah dilahirkan sebagai seorang pemidato,kurang faseh berpidato,dan kadang2 lupa diri dan kekadang suka di puji dan minta di puji.Teguran untuk kebaikan bersama dan seharus diterima dengan hati terbuka... Waskur... rabbaka.... fi...nafsika jumpa lagi

Pas perluletak anak tempatan di Bagan Pinang.

Pesuruhjaya Pas NS mungkin calon di Bagan Pinang

Benarkah Pas NS akan meletakan saudara Zulkefli Mohammad Omar bertanding di Bagan Pinang? atau colon mereka yang lepas diberi peluang untuk memikul tanggungjawab tersebut?Sekiranya PJ NS itu menjadi pilihan Pas, ini bermakna Pas NS perlulah bekerja kuat bagi mencari kerusi kedua selepas YB taufiq berjaya melakukannya di Paroi Pada PRU yan lepas.Ada ura2 mengatakan saudara Zul begitu berminat untuk mencuba nasib dan sekali gus ingin membuktikan bahawa Pas NS bertambah mantap dan berketrampilan di bawah pengurusan beliau.
Kalau ditinjau dari kemampuan untuk bertanding, dari aspek gerak kerja dan lain2 memanglah Pas NS sudah membuktikan dalam PRU yang lepas,tapi dari sudut perang saraf dan kempen rumah ke rumah Pas masih agak lemah dan cepat berputus asa.Perkara ini perlulah diatasi segera untuk mempastikan setiap undi berjaya diraih.
Perlu diingat sekiranya saudara Zul diletakan sebagai calon,BN akan memainkan isu bukan anak tempatan malah akan mencari pelbagai isu untuk mempengaruhi pengundi.Saudara Zul juga pernah beberapa kali bertanding di Dun Lenggeng tapi semuanya tewas di tangan Umno.Barangkali isu inilah yang akan dijadikan senjata oleh BN.
Ini ditambah lagi dengan Tan Sri Isa samad merupakan ketua bahagian Umno T.Kemang dan orang lama dalam Umno NS.Isa Samad bukan calang2 orang,pengaruh dan kepimpinannya di T.kemang masih diperlukan lagi.

Desas desus mengatakan Isa bertanding semula semakin bertiup kencang,dan jika ini menjadi kenyataan,kita akan menyaksikan satu pilihanraya kecil yang lebih kepada mempertahankan imej parti.Pas sudah tentu menggerakkan seluruh kekuatan PR yang masih belum tercalar pada beberapa pilihanraya kecil lepas ditambah dengan berbagai2 isu panas yang masih di bawa ke mahkamah.

Bagi Pas pula, sekiranya Isa menjadi calon,sudah pasti senjata utama mereka berkisar isu2 rasuah politik wang dan hubungan dingin beliau dengan MB yang bukan dari kem yang sama.

Apakah percaturan Pas dan Umno di Bagan Pinang bagi mencapai kemenangan.Tentu Najib tak tidur lena,ditelan mati anak dimakan mati bapak.Dalam saat2 genting begini seorang demi seorang telah dipanggil menemui penciptanya.Nasib baik YB biasa saja,kalau menteri ataupun ahli Parlimen akan bertambah banyak beban PM lagi.

Pun begitu,jika berlaku sebarang pertukaran calun bagi pihak Umno,sudah tentu Pas mengharapkan undi protes bagi meraih kemenangan,tapi harus diingat undi protes akan berlaku juga dipihak Pas kerana kemungkinan mereka mahukan anak tempatan menjadi calun apabila mereka merasakan kemenangan hampir berada dlm genggaman.Siapakah calun yang bertanding,melobilah atas dasar kemampuan,bukan memandang pangkat dan habuan sebagai seorang YB kerana amanah ini perlu dipikul dan Allah akan menyoal di akhirat.

Wednesday, September 23, 2009

nabi khidir

iriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dalam kitab Tafsir: “Bercerita kepadaku ayahku, yang didengarnya dari Abdul Aziz Al-Ausiy, dari Ali bin Abu Ali, dari Jakfar bin Muhammad bin Ali bin Husain, dari ayahnya, katanya Ali bin Abi Talib berkata: “Ketika wafat Rasulullah SAW, datanglah ucapan takziah. Datang kepada mereka (keluarga Nabi SAW) orang yang memberi takziah. Mereka mendengar orang memberi takziah tetapi tidak melihat orangnya. Bunyi suara itu begini:
‘Assalamu Alaikum Ahlal Bait Warahmatullahi Wabarakatuh. Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Hanyasanya disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesungguhnya dalam agama Allah ada pemberi takziah bagi setiap musibah, bagi Allah ada pengganti setiap ada yang binasa, begitu juga menemukan bagi setiap yang hilang. Kepada Allah-lah kamu berpegang dan kepada-Nya mengharap. Sesungguhnya orang yang diberi musibah adalah yang diberi ganjaran pahala.”
Berkata Jakfar: “Bercerita kepadaku ayahku bahawa Ali bin Abi Talib ada berkata: “Tahukah kamu siapa ini? Ini adalah suara Nabi Khidir.” Berkata Muhammad bin Jakfar: “Adalah ayahku, iaitu Jakfar bin Muhammad, menyebutkan tentang riwayat dari ayahnya, dari datuknya, dari Ali bin Abi Talib bahawa datang ke rumahnya satu rombongan kaum Quraisy kemudian dia berkata kepada mereka: “Mahukah kamu aku ceritakan kepada kamu tentang Abul Qasim (Muhammad SAW)?”
Kaum Quraisy itu menjawab: “Tentu sahaja mahu.”
Ali bin Abi Talib berkata: “Jibril Alaihis salam pernah berkata kepada Rasulullah SAW: “Selamat sejahtera ke atas kamu wahai Ahmad. Inilah akhir watanku (negeriku) di bumi. Sesungguhnya hanya engkaulah hajatku di dunia.” Maka tatkala Rasulullah SAW wafat, datanglah orang yang memberi takziah, mereka mendengarnya tetapi tidak melihat orangnya. Orang yang memberi takziah itu berkata: “Selamat sejahtera ke atas kamu wahai ahli bait. Sesungguhnya pada agama Allah ada pemberi takziah setiap terjadi musibah, dan bagi Allah ada yang menggantikan setiap ada yang binasa. Maka kepada Allah-lah kamu berpegang dan kepada-Nya mengharap. Sesungguhnya orang yang diberi musibah adalah yang diberi ganjaran pahala.” Mendengar yang demikian Ali bin Abi Talib berkata: “Tahukah kamu siapa yang datang itu? Itu adalah Khidir.”

menangkah pas di bagan pinang?

peluang pas untuk menang di bagan pinang bergantung kpd calon yg mewakili parti tersebut.sebenarnya kekuatan bn kususny umno tidaklah sekuat mana,oleh kerana ketuanya datuk sri isa samad tidak lagi memegang apa2 jawatan dlm kabinet ditmbah dengan kes rasuah dalam pemilihan umno yang lepas.
PERINGATAN
“sebut nama tuhan kamu dalam diri kamu”
Marilah kita sama-sama hayati kata-kata diatas dan mengupas isi tersurat dari ayat alquran diatas……

NIKMAT SOLAT SUBUH BERJAMAAH

KENIKMATAN SOLAT SUBUH BERJEMAAH
---------------------------------


Sesungguhnya pahala menunaikan solat Subuh dan Isyak dengan berjemaah sama dengan melakukan
solat semalam suntuk yang dapat menghapuskan dosa sebagaimana air memadamkan api. Sebagaimana
hadis riwayat Muslim dan Usman bin Affan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa melakukan solat Isyak dengan berjemaah, maka seolah melakukan solat separuh malam.
Dan barangsiapa yang melakukan solat Subuh dengan berjemaah maka seolah melakukan solat semalam
suntuk."

1) Orang yang melakukan solat subuh berjemaah akan mendapat cahaya yang sempurna di hari kiamat.
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Berilah khabar gembira pada orang-orang yang
berjalan ke masjid-masjid di waktu gelap bahawa ia akan mendapat cahaya yang sempurna
di hari akhirat." (HR Abu Daud dan Tarmizi)

2) Sesungguhnya melakukan solat jemaah Subuh dan Asar tepat pada waktunya termasuk sebab yang
memasukkan seseorang ke syurga dan selamat dari seksa neraka. Rasulullah bersabda:
"Tidak masuk neraka seseorang yang melakukan solat sebelum matahari terbit dan sebelum
terbenam (solat subuh dan Asar.") (HR:Muslim)

3) Malaikat berkumpul di waktu solat Asar dan Subuh. Merekalah yang membawa rahmat dan berkat.

4) Sesungguhnya satu langkah orang yang berjalan ke masjid adalah menghapuskan kesalahan
dan yang lain mengangkat darjat. Maka langkah yang banyak ke masjid termasuk hal yang
membawa kesalahan dihapus dan darjat diangkat, sebagaimana hadis Abu Hurairah yang
diriwayatkan Iman Muslim.

Betapa besarnya ganjaran Allah yang menanti bagi mereka yang solat Subuh berjemaah khususnya
di masjid.Apakah alasan yang hendak diberikan oleh mereka yang tidak hadir ke masjid di
waktu Subuh? Mereka diberi kemudahan motor dan kereta oleh Allah. Mereka diberi tilam yang
empok oleh Allah. Masjid melaungkan azan pertama sejak jam 5.00 pagi lagi (azan pertama)
untuk mereka bersedia ke rumah Allah. Mereka belum ada urusan lain, yang kerap dijadikan alasan
kerana tak mahu ke rumah Allah. Jika kita dihadapkan di depan Allah kelak,dengan alasan
bagaimanakah akan kita jawab? Bagi mereka yang tidak datang bersolat berjemaah Subuh di masjid,
marilah kita berubah.

KERUGIAN ORANG YANG TIDAK SOLAT SUBUH.

Berikut adalah kerugian yang akan dialami oleh orang yang tidak melakukan solat Subuh dan
solat lain secara berjemaah:

1) Memiliki sifat-sifat orang munafik yang tidak menjalankan solat (kecuali dalam keadaan malas)
Rasulullah bersabda bermaksud: "Solat yang paling berat bagi orang-orang munafik adalah
solat Isyak dan Subuh. Seandainya mereka tahu apa makna di dalamnya, maka mereka akan
mendatanginya sekalipun dengan merangkak." (Muttafa Alaih)

2) Kesengajaan tidur hingga tidak solat subuh dan meninggalkan solat berjemaah merupakan
perbuatan kufur dan diancam dengan ancaman yang sangat berat. Allah berfirman bermaksud:
"Maka celakalah orang-orang yang melakukan solat, iaitu orang-orang yang lalai dari solatnya.
" (Al Ma'un 4-5)

3) Seorang lelaki berada di sisi Nabi SAW dan dia tidur hingga pagi, lalu Nabi SAW
bersabda bermaksud: "Itulah lelaki yang kedua telinganya dikencing syaitan.“ (Muttafa Alaih)

Allah SWT sendiri mengatakan bahawa mereka yang susah untuk solat Isyak dan Subuh
adalah orang munafik. Jadi tak susahlah kita hendak kenali orang munafik. Dan kita sendiri
dapat mengukur adakah kita ini orang munafik atau tidak.

Datangilah masjid-masjid dan surau-surau untuk bersolat Subuh.