Thursday, September 24, 2009

Pesuruhjaya Pas NS mungkin calon di Bagan Pinang

Benarkah Pas NS akan meletakan saudara Zulkefli Mohammad Omar bertanding di Bagan Pinang? atau colon mereka yang lepas diberi peluang untuk memikul tanggungjawab tersebut?Sekiranya PJ NS itu menjadi pilihan Pas, ini bermakna Pas NS perlulah bekerja kuat bagi mencari kerusi kedua selepas YB taufiq berjaya melakukannya di Paroi Pada PRU yan lepas.Ada ura2 mengatakan saudara Zul begitu berminat untuk mencuba nasib dan sekali gus ingin membuktikan bahawa Pas NS bertambah mantap dan berketrampilan di bawah pengurusan beliau.
Kalau ditinjau dari kemampuan untuk bertanding, dari aspek gerak kerja dan lain2 memanglah Pas NS sudah membuktikan dalam PRU yang lepas,tapi dari sudut perang saraf dan kempen rumah ke rumah Pas masih agak lemah dan cepat berputus asa.Perkara ini perlulah diatasi segera untuk mempastikan setiap undi berjaya diraih.
Perlu diingat sekiranya saudara Zul diletakan sebagai calon,BN akan memainkan isu bukan anak tempatan malah akan mencari pelbagai isu untuk mempengaruhi pengundi.Saudara Zul juga pernah beberapa kali bertanding di Dun Lenggeng tapi semuanya tewas di tangan Umno.Barangkali isu inilah yang akan dijadikan senjata oleh BN.
Ini ditambah lagi dengan Tan Sri Isa samad merupakan ketua bahagian Umno T.Kemang dan orang lama dalam Umno NS.Isa Samad bukan calang2 orang,pengaruh dan kepimpinannya di T.kemang masih diperlukan lagi.

Desas desus mengatakan Isa bertanding semula semakin bertiup kencang,dan jika ini menjadi kenyataan,kita akan menyaksikan satu pilihanraya kecil yang lebih kepada mempertahankan imej parti.Pas sudah tentu menggerakkan seluruh kekuatan PR yang masih belum tercalar pada beberapa pilihanraya kecil lepas ditambah dengan berbagai2 isu panas yang masih di bawa ke mahkamah.

Bagi Pas pula, sekiranya Isa menjadi calon,sudah pasti senjata utama mereka berkisar isu2 rasuah politik wang dan hubungan dingin beliau dengan MB yang bukan dari kem yang sama.

Apakah percaturan Pas dan Umno di Bagan Pinang bagi mencapai kemenangan.Tentu Najib tak tidur lena,ditelan mati anak dimakan mati bapak.Dalam saat2 genting begini seorang demi seorang telah dipanggil menemui penciptanya.Nasib baik YB biasa saja,kalau menteri ataupun ahli Parlimen akan bertambah banyak beban PM lagi.

Pun begitu,jika berlaku sebarang pertukaran calun bagi pihak Umno,sudah tentu Pas mengharapkan undi protes bagi meraih kemenangan,tapi harus diingat undi protes akan berlaku juga dipihak Pas kerana kemungkinan mereka mahukan anak tempatan menjadi calun apabila mereka merasakan kemenangan hampir berada dlm genggaman.Siapakah calun yang bertanding,melobilah atas dasar kemampuan,bukan memandang pangkat dan habuan sebagai seorang YB kerana amanah ini perlu dipikul dan Allah akan menyoal di akhirat.

No comments:

Post a Comment