Tuesday, June 22, 2010

salam. dah lama saya tak menulis di dalam blog, kerana kesibukan wakapabila mendapat tahu seorang ustaz yang beramal dengan ilmu, mengajar kitab tauhid serta tu. Tapi berakhlak mulia telah mendapat fitnah dari seorang pengikut fahaman wahabiah moden lantas ustaz tersebut tidak boleh mengajar dibeberapa buah surau sekitar daerah sepang.Arahan itu telah di keluarkan oleh Mais dan Jais awal bulan lepas.Pengadu tersebut yang saya kenali sungguh perwatakan dan peribadinya telah membuat berbagai2 tuduhan secara bertulis dan mungkin juga secara perbualan dngan pihak Jais.Antara tuduhan nya, tidak sesuai ilmu tasawuf diajar di surau. Dia juga mempertikaikan guru kpd ustaz tersebut yg merupakan seorang ahli sufi dan pengamal tarikat.Amat jelas kemarahan yang dipendam oleh pengadu tersebut sampaikan dia telah membuat beberapa fitnah kpd orangramai tentang kesesatan ustaz dan kesesatan guru kpd ustaz tersebut.
Apakah motif pengadu tersebut? Kenapakah fitnah di buat kepada ustaz yang sentiasa berserban dan telah mendapat tauliah sebagai guru takmir hampir 4 tahun lamanya, boleh dikata membawa ajaran menyeleweng dari Islam.Malah ustaz ini juga telah dilantik oleh anak khariah masjid menjadi imam 2 di situ.

Ini semua adalah perancangan pengikut fahaman wahabi yang telah menular dibanyak tempat di daerah Sepang amnya di Selangor.Bila mereka melihat seseorang itu ahli tarikat yang menentang wahabi,mereka mencari jalan untuk menyekat dan meranapkan karier seseorang ustaz tersebut.

Isu ustaz tersebut membuat maulid nabi di surau menjadi hangat dan kabarnya pengadu tersebut telah memfitnah dng mengatakan alat2 muzik dibawa di dalam surau.Sebenarnya mereka bersalawat nabi diiringi paluan kompang,dikatakan alat muzik di gunakan di dalam surau.

Sebab itulah saya membuat kesimpulan, dibelakang tabir ialah pendokong fahaman wahabiah ini.Kabarnya telah ada dikalangan imam di daerah Sepang berpegang kpd fahaman Wahabi,tetapi mereka amat lecek dan sering berdolak dalik bagi mengabui mata masyarakat.

Oleh itu saya berharap agar pihak JAIS membuat siasatan terperinci bagi menyelesaikan masaalah tersebut, khususnya kes yang melibatkan ustaz yang saya sebutkan di atas.Janganlah menjatuhkan hukuman tanpa di adili dan disiasat terlebih dahulu, kerana Islam tidak mengajar cara tersebut.Sekiranya fenomena ini berterusan,ia menjadi amat malang kpd umat Islam dan akan bertambah ramailah pengadu2 ataupun pemfitnah2 mereka reka cerita bagi menjatuhkan seseorang lebih2 lagi kpd musuh2 mereka.

Apalah yg ada kpd ustaz tersebut, hanya kitab2 kuning yang di pelajari sewaktu menuntut di pondok lalu diajarkan pula kpd masyarakat yang dahagakan ilmu,dan agak sulit untuk mengajar ilmu tauhid sekiranya seseorang ustaz tersebut tidak mahir ilmu tasawuf.Malangnya ustaz tersebut telah difitnah sedemikian rupa.

Ini dugaan dari Allah.. kerana banyak wali2 Allah zaman lampau telah difitnah,di seksa dibunuh kerana hati2 yang sakit itu sering syaitan menjadi teman mereka.Nasihat saya kpd sesiapa yang ingin megadu kpd pihak berwajib semestinya berbincang terlebih dahulu, minta pendapat orang alim dan jgn mudah menuduh orang sesat,tetapi saya tidak hairan sekiranya pendokong2 fahaman wahabi menjadi darah daging mereka menuduh seseorang yang baik itu sesat.Sejarah telah membuktikan dan ia terpahat didalam ingatan bahawa mereka berkata'Kitab Ihya Ulumidin karangan Imam AL=GHAZALI penuh kesesatan mengandungi hadis palsu tahyul dan mesti di bakar sekiranya ada.Itulah sebenarnya manusia yang amat sesat...
Kita berdoa semuga Allah memberi hidayah dan petunjuk kpd kebenaran.........wazkur..rabbaka..fi.. nafsika..