Tuesday, September 29, 2009

Semakin ramai penyokong Pas mahu anak tempatan calon di Bagan Pinang.

Teka teki siapakah calon Pas Bagan pinang akan terjawap pada 3 oktober 09 ini.PJ NS diura2kan bertanding dan lawannya adalah bekas MB Tan Sri Isa Samad.Adakah percaturan meletakkan PJ NS,saudara Zul benar2 menggugat Umno dan Isa Samad di Bagan Pinang Negeri Bertuah ini?(jika Isa dicalonkan Umno)

Saya akan cuba mengupas persoalan ini dengan tidak memihak mana2 parti,biarpun saya 'hardcore'Pas dulu kini dan selama2nya.
Tapi isu calon di Bagan Pinang agak menarik,rata2 blogers banyak mmenulis dan memberi pendapat berkisar tentang calon Pas dan Umno.Agak bertuahlah calon yang terpilih khususnya Pas kerana seluruh negara memerhatikan PRU kecil ini dng penuh debaran.Dipehak BN pula,Najib tak tidur lena kerana awal2 lagi isu calon telah menampakkan tidak sehaluan sesama mereka.

Sebagaimana yang diketahui,Isa Samad adalah ketua bahagian Umno Telok Kemang,Bagan Pinang merupakan tempat tumpah darah dan kampung kelahirannya,malah beliau dikatakan begitu rapat dengan pengundi2 di sana.Awal2 lagi Umno T.kemang mahukan Isa menjadi calon mungkin kerana 2 faktor yang berbeza.

Kita telah mengetahui, amalan undi protes, memboikot P'raya kecil,dan mengsabotaj kempen2 merupakan amalan ahli2 Umno sekiranya calon yang mereka idamkan tidak terpilih,dan ditakuti 'penyakit' ini akan menjangkit kali ini sekali gus umno terlepas satu lagi kerusi dun diNS.

Sebagai contoh, pada P'raya lepas di dun Lenggeng,Datuk Ishak selaku Ketua Umno bahagian Seremban tidak dicalonkan,maka undi protes berlaku dimana PJ NS saudara Zul telah berjaya mengurangkan undi BN hampir 60%.Ketika itu undi protes datang dari pantai tempat kelahiran Datuk Ishak.

Sebenarnya, peluang telah terbuka bagi PJ NS untuk menang,tetapi atas sebab2 lain pengundi masih tidak 'terbuka hati'untuk menghantar calon Pas ini ke dewan undangan negeri Sembilan.Perbalahan pemimpin umno bahagian Seremban begitu ketara,ditambah dengan sikap dan pergaulan Mustafa Salim(sekarang Yb Lenggeng yang ditangkap rasuah dan masih perbicaraan mahkamah)yang rapat bergaul dng masyarakat.

Jadi, inilah yang ditakuti oleh pemimpin atasan khususnya Najib,begitu juga Mat Hassan dimana sekiranya kekalahan menyebelahi Bn,tanda2 awal kejatuhan BN NS 'NEGERI beradat'akan menjadi kenyataan.

Imej kekalahan 7-0 BN sebelum ini,akan bertambah parah lagi sekiranya Bagan Pinang jatuh ketangan PR.Percaturan politik Najib, Isa Samad,Mat Hassan dan Muhyudin Yassin sedikit sebanyak memberi impak yang kurang sehat bagi BN
Kita mengetahui secara umum yang Najib mahukan Isa sebagai Calon,dan Mahyudin agak kurang 'senang'jika Isa sebagai calon.Mat Hassan yang pada mulanya nampak menyebelahi Mahyyudin,akhirnya terpaksa mengalah kemungkinan beliau tidak mahu menanggung risiko apatahlagi Najib merupakan boss no 1.

Pun begitu,BN masih mempunyai kekuatan di Bagan pinang,dimana Pas perlu memasang strategi dan melipat gandakan kempen khususnya disaat2 hari mengundi,Begitu juga dengan calon yang akan bertanding,mestilah pandai mengambil hati pengundi dan mempunyai ketrampilan sebagai seorang pemimpin.

Kemenangan pas agak tinggi harganya,mungkin penuh dengan onak dan duri,apatah lagi sekiranya bukan anak tempatan tidak tercalon.Trend pengundi disatu2 p'raya kecil agak susah dianalisis,ini bergantung kpd banyak sebab,tetapi isu2 utama spt anak tempatan, 'rengan tangan'pemurah, amanah,tidak meninggi diri senantiasa menjadi tajuk utama bagi mereka.

Sekiranya PJ NS menjadi calon, besar kemungkinan Umno mempunyai peluang yang agak cerah, apalagi jika Isa Samad menjadi calon.Sebagaimana yang diketahui Isa mempunyai sanak saudara yang begitu banyak,malahan jasa Isa di T.kemang terlalu banyak.Sudah semestinyalah mereka akan membalas 'budi' tersebut melalui undi.

Isa akan menyakini pengundi2 bahawa sokongan ahli Umno seluruh negara kpdnya masih ada dan sementelahan pula dia telah berjaya menduduki kerusi naib presiden satu ketika dahulu sebelum digantung .Desa desus menyatakan akan dilantik sebagai MB NS sembilan sebenarnya merupakan 'perang sekologi' BN kepada pengundi2 di Bagan Pinang bagi memenangkan Isa.Oleh itu sekiranya dia kalah,maka terlepaslah orang Bagan Pinang sebagai MB.Sejauh mana kebenarannya masih menjadi teka teki politik.

Tetapi,bagi PJ NS pula, sekiranya terpilih menjadi calon, dan mengalami kekalahan ,sudah pasti kedudukan Saudara Zul sebagai PJ tergugat,kerana sedikit sebanyak pimpinan Pas NS cuba akan mencari Pesuruh Jaya baru yang benar2 dan memberi kemenangan kapada Pas.Malah berita2 yang kurang enak tentang dirinya mula 'berbunyi'
setelah mantan ketua pemuda Pas Negeri Sembilan Saudara Hassamudin Sulaiman membawa diri ke Sabah Keningau.

Saudara Hassamudin merupakan orang yang bertanggungjawab membawa saudara Zul kedalam Pemuda Pas NS ketika itu, dan melantiknya sebagai timbalan ketua pemuda pas
di atas kepercayaan penuh dan setia kawan yang tinggi.Kabarnya tiada sekalipun saudara Zul bertanya kabar apatah lagi menghubungi Mantan ketua pemuda pas tersebut sahingga kini biarpun melalui talipon.Ini yang menjadi perbualan hangat dikalangan mereka,dan macam2 andaian dibuat.

Oleh itu, PJ NS mesti lah bersikap terbuka,dan jangan sesekali menjadikan Pas sebagai wadah untuk mencari kemasyuran,nama pangkat dan harta.Biarlah manusia menilai kita diatas kerja2 kebajikan yang dilaku,dan jauhkan sifat meninggi diri,kerana akhirnya akan memakan diri.Sekira berjaya menjadi YB ia satu kemenangan bagi Pas dan satu kebangkitan Pas NS dalam kancah politik negara...wazkurrabbaka ..fi...nafsika..

No comments:

Post a Comment