Sunday, October 4, 2009

Pas meraih undi disebalik isu Datuk ditumbok

Ramai sudah menyangkakan Umno akan mencari isu keganasan pembangkang sebagai modal dan tajuk utama mereka dalam pembuka tirai kempen.Tapi pada kali ini dikabarkan seorang datuk telah ditumbuk bertubi2 ketika hari penamaan calon.
Pada sebelah malamnya hampir kesemua stesen tv menyiarkan lapuran tersebut.Saya agak terhibur dan senyum sendirian memerhatikan 'pelakun utama' dengan penuh bersemangat menceritakan bagaimana,bila,kenapa siapa dan kena dimana....diulas oleh datuk tersebut dng
penuh bersemangat sambil gambar close up di tengkuk diambil sebagai bukti.

"Saya tidak menjangkakan parti yang memperjuangkan Islam sanggup berbuat demikian dan saya amat2 kesal dengan perbuatan mereka" ulas datuk tersebut sambil memberitahu rakyat mesti menolak parti yang suka membuat keganasan.

Itulah Umno yang dari dulu terlalu suka menuduh dan mengambil kesempatan umpama 'menangguk ikan di air keruh.Pendekatan media begini sudah seharusnya lama dikuburkan kerana perubahan zaman dan perubahan pemikiran manusia tidak dapat menerima sesuatu perkara yang agak samar2 dan diragui kebenarannya.

Satu perkara yang mungkin terhalang otak seseorang menerimanya,mengapakah datuk tersebut membiarkan dirinya ditumbok bertubi2 dan kecederaan kelihatan begitu rengan tanpa menitiskan darah. Adakah datuk tersebut berjalan seorang diri tanpa teman disamping langsung tidak melawan ketika itu.Kita agak ragu kebenarannya,malah tv pun tidak menyiarkan berita penumbok datuk tersebut dapat dikesan atau diberkas.

"ia satu provokasi dan kemenangan pertama bagi kita" komen seorang kawan kepada saya.Saya sudah menyangkakan begitu pada malam berita tersiar,namun berhati2 juga dengan berita susulan.

sebenarnya dipihak BN khususnya Umno,sememangnya agak tertekan pada pru bp,apatah lagi apabila kelihatan 20,000 penyokong PR berarak bersama Presiden Pas, mengiringi calun ke pusat penamaan calun.Mereka datang awal pagi berkumpul di masjid memulakan munajat dengan bersembahyang hajat ke hadrat Allah agar mendapat kemenangan.

Ini ditambah calun Umno Tan Sri Isa,agak cacat pribadinya kerana kesalahan politik wang,memudahkan pembangkang menjadikan ia isu utama yang tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa.Persoalan juga timbul dikalangan pemerhati politik mengapakan Bn masih memilih Isa dan adakah Isa masih berbisa untuk dibawa kegelanggang

Pembangkang akan memberi jawapan di dalam ceramah umum,menjadikan kempen pada kali ini begitu menarik ditambah dengan isu2 besar yang sedang hangat diperkatakan.


Oleh itu, sekiranya Bn tersilap langkah meraih simpati, Pas akan mendapat undi, jelas isu datuk ditumbuk di tengkuk memakan diri Umno yang kurang 'bijak' menyusun strategi.Sahingga sekarang Umno memainkan isu tersebut,kerana datuk telah di rawat di hospital dikabarkan berbalut di leher kerana terkehel di tengkuk


Persoalannya,wajarkah Umno terus terusan menjadikan isu keganasan sebagai cara paling mudah mendapat undi,atau mereka tidak mempunyai isu untuk di ketengahkan bagi mempertahan Bagan Pinang?Adakah Isa samad merestui isu datuk di tumbuk dijadi bahan sensasi stesen Tv?

Kelihatan Isa langsung tidak menyentuh isu tersebut, pada kali ini kempen Isa bertemu secara mesra dng pengundi2 diperingkat bawah bagi meraih simpati.Isa orang 'lama' dalam politik.Pertandingan ini ibarat kalah mati yang mempunyai kesan besar bagi hala tuju politik beliau.Kalah bermakna malap bagi Isa,sekiranya menang merupakan satu 'come back' yang baik,malah amat dinanti2kan oleh seseorang...?

Adakah Isa akan kembali menerajui negeri beradat ini..?agaknya terlalu awal untuk membuat persepsi,banyak perkiraan perlu diambil kira,kerana nampaknya Umno berpeluh dan merangkak kepanasan menanti hari pembuangan undi.


Sekiranya banyak Isu ac-hoc ciptaan Umno maka akan banyak pulalah undi simpati pergi ke Pas dan Pas perlu waspada dalam sebarang Isu, bagi menyakinkan pengundi.Saharusnya calun Pas yang dikata pendatang baru dalam arena politik, tidak perlu sangat menhentam Isa apalagi membuat rumusan atau andaian sendiri ditakuti akan memakan diri. Dia pernah berkata akan berkempen secara sehat dan gunakan kesempatan bertemu pengundi untuk menyakinkan mereka bahawa memilih Pas satu kemenangan di dunia dan akhirat...wazkur..rabbaka...fi.. nafsika... jumpa lagi..

No comments:

Post a Comment