Sunday, October 11, 2009

Saya tidak terkejut Pas kalah teruk

630 petang saya terima berita pas kalah dengan undi yang banyak.Saya tanya lagi berapa banyak,ribu2 kata kawan saya rengkas.Jelas dia hampa dan agak kecewa dengan keputusan yang diterima.

Saya termenung seketika,sambil otak ligat berpusing berfikir berfikir tentang cerita dan gambaran P'raya. 2 hari sudah,sewaktu Anuar Ibrahim datang berceramah,saya turut ke Bagan Pinang,tetapi hanya mundar mandir di kaki jalan sesekali dengar ceramah vcd yang di pasang penjaja.

"Dengar kabar ada artis datang di Teluk Kemang,jom..lah kesana" celah kawan saya spontan.Saya tau dia sengaja nak menyindir kerana dalam masa kempen politik yang agak panas,sempat juga BN panggil artis dan mempromosikan hiburan.Malah kesesakan lalu lintas berlaku sepanjang jalan menuju ke batu 8 Telok Kemang.


Itulah kerja2 manusia yang tidak tahu menilai waktu,dan melakukan kezaliman pada waktu, dimana sepatutnya tidak seharusnya program2 hiburan dijadikan alat untuk tujuan politik, sekali gus mengundang kepada perlakuan maksiat dan penyakit social yang lain.

Berita mutakhir saya terima, Pas kalah teruk dengan PJ NS hanya mendapat undi kurang 3000 dan majoriti BN meningkat kepada 5000 lebih.Ini bermakna BN telah berjaya mengembalikan semula keyakinan Pengundi BP dan merupakan kejayaan peribadi Isa untuk kembali semula di arena politik.


Malah undi tentera yang diperolehi PAS begitu teruk,begitu juga dibeberapa ladang,BN kembali menguasai yang dahulunya dikuasai Pas.Jelas undi kaum India merosot kepada PR,dan undi orang2 melayu masih kukuh,ampuh dan liat untuk BN.

Persoalan besar yang timbul, mengapakah calun Pas,saudara Zul kalah begitu banyak di Bagan Pinang.Telahan awal menyatakan kekuatan PR-BN seimbang, sekiranya Pas menang hanya dng beza undi kecil,begitu juga sebaliknya,jika Isa menang juga,dengan undi yang kecil.

Saya pernah tulis dalam blog,2 hari sebelum diumumkan siapakah calun Pas. Dalam tulisan saya,sekiranya Pas Tidak meletakan calun tempatan,kemenangan amat tipis,malah undi protes akan berlaku kpd Pas.Saya meramalkan demikian,oleh kerana trend pengundi2 di NS sembilan yang terlalu kaya dengan'adat' ini amat menitik beratkan tentang calun yang bertanding.

Sekiranya bukan anak tempatan kawasan itu,berbagai2 spekulasi membiak terlalu pantas, apalagi ia menjadi modal utama BN untuk meraih sokongan pengundi tempatan.Kelulusan atau pangkat yang disandang akan tenggelam langsung,dan tidak boleh dijadikan senjata utama untuk mendapat sokongan pengundi.

Sebagaimana yang kita ketahui,calun Pas adalah seorang ahli perniagaan,dan pernah menjawat jawatan pengurus dibeberapa syarikat,malah mempunyai kelayakan sarjana dalam bidang Sains korporat,juga merupakan AJK Pas Pusat yaitu satu kedudukan yang agak tinggi dalam organisasi politik.

Rengkasnya segala ciri2 kelayakan menjadi calun,sudah melebehi daripada cukup,untuk membawa cabaran kpd Pas,sekali gus mengecutkan perut Isa Samad dan BN."Zulkefli Mohammad telah memenuhi ciri2 sebagai calun,kerana ia seorang yang muda dan berpendidikan Tinggi" Umum Ustaz Hadi dihari pengumuman calun Pas Bagan Pinang.


Saya setuju dengan Pas meletakan calun yang berpendidikan tinggi,tetapi apa yang penting mestilah dikaji dan dihalusi samaada tempat itu sesuai atau tidak.Sekiranya sentimen anak tempatan menjadi keutamaan,kenapa tidak Pas meletakan anak tempatan saja bertanding. Jangan lah kita beranggapan penyokong pas lebih2 lagi ahli Pas tidak pandai menggunakan undi protes atau memboikot sesuatu P'raya kecil.

Apa hujah kita menyatakan orang2 Pas tidak melakukan undi protes?..tidak memboikot dan sebagainya.Kadang2 kita langsung tidak mahu merungkaikan masaalah,sebagaimana yang saya katakan dah berkudis lama2 ia berpekong dan bernanah,tetapi masih tidak mahu mencari penyelesaian.


Saya merasakan kekalahan teruk Pas di Bagan Pinang,berpunca kesilapan memilih calun.Umno mengetahui bahawa PJ NS tewas 3 kali tersungkur di laman sendiri, maknanya ia tidak mempunyai kekuatan politik ataupun' internal weapon' juga bukan dari golongan penggugat yang mempunyai kelebihan2 tertentu.

Umno dari mula begitu rancak memainkan isu ini,menuba kepala2 pengundi Bagan Pinang khususnya wanita dan nenek2 tua yang begitu tinggi kesetiaan kpd dacing .Bak kata seorang kawan kpd saya, mereka2 ini umpama kucing di atas tikar mengkuang, apabila kita tarik ekornya,tobat..tak mau lepas silap2 badan atau muka kita di cakarnya. Begitu jugalah kesetiaan kpd umno, dulu kini dan sampai kiamat..

Pas terperangkap,dan PJ NS terpaksa bekerja lebih untuk menyakinkan pengundi bahawa Isa juga bukan anak tempatan,tetapi harus diingat Ayah Isa adalah anak jati Bagan Pinang dan mempunyai ipar duai berlambak2 di Bagan Pinang. Ini tiada siapa yang dapat menafikanya.


Nampaknya isu rasuah yang dimain PR tidak dapat mengalahkan Isu anak tempatan di NS sembilan ini,tetapi saya berkeyakinan di negeri2 lain PR begitu mudah mencapai kemenangan.
Pendek kata untuk meletakan calun, seharusnya di kaji hingga ke akar umbi ataupun 'grassroot' minta 'feed back dari peringkat usia, juga penelitian tepat dan benar samaada calun tersebut sesuai atau tidak untuk bertanding.


Saya amat yakin dan optimis, jika syarat menjadi calun, dapat memenuhi selera pengundi,setidak2nya kita tidak akan kalah begitu teruk. Kekalahan teruk kali ini akan membawa satu implikasi dan tamparan hebat kepada PR buat masa mendatang.

Ramai yang menjangkakan,Pas akan kalah sebaliknya kata mereka
BN akan menghadapi laluan getir malah akan kalah tipis jika orang 'UMNO turning' dan boikot Isa. Apapun semua telah mengetahui BN kebal di Bagan Pinang, juga mungkin di Negeri Sembilan,tetapi PR adalah pencabar terkuat dengan 15 kerusi dun.

Satu perkara lagi yang menjadi punca kekalahan teruk ini adalah, Khabarnya PJ sendiri kurang di senangi oleh sebilangan pemimpin Pas di peringkat kawasan dan cawangan.Kata mereka sikap PJ yang meminggirkan dan tidak memberi jawatan kpd sesiapa yng berura2 untuk menyaingi dan merampas kedudukan beliau sebagai PJ.

"Memang telah lama berlaku keretakan dalaman ini,sahinggakan boikot memboikot, tidak bertegur sapa, berlarutan bertahun2 malah kadang2 kami hilang semangat untuk bergerak"kata salah seorang ahli Pas yang mengetahui punca dan sebab perkara tersebut.


Saya juga di beritakan,Pas Kawasan Seremban telah di gantung hampir 5 tahun,menurut sumber2 yang boleh di percayai itulah punca sebenar tolak titik perpecahan sahinggakan Mantan Ketua Pemuda Pas NS Saudara Hisamuddin Sulaiman membawa diri ke Keningau Sabah,

Apakah soal2 dalaman ini perlu dibiarkan dan ditutup begitu saja.Kawasan Seremban merupakan Asset terbesar Pas kerana ia terletak di Pinggir Kota dan berhampiran dengan pentadbiran kerajaan. Segala maklumad berpusat di sana, dan banyak di kalangan pemimpin2 berpusat di sana. Kenapakah kawasan yang sepenting itu tidak di gerakkan jemaahnya?

Sebesar mana pertelingkahan sekalipun demi perjuangan menegakkan kalimah Allah, ia mesti di ketepikan bagi kepentingan Islam.Bak kata pepatah melayu' sekusut2 rambut atau tali ia akan terungkai jika kita berusaha mencari puncanya'

Tetapi, ia mesti ada keikhasan,tolak ansur,namun sekiranya ada terpahat perjuangan untuk mencari kedudukan dan pangkat sudah pasti kemelut ini tidak akan berjaya di selesaikan.

Pas bukan untuk individu,tapi ia untuk pejuang Islam yang ingin merasai keindahan,kedamaian Islam itu sendiri.Kita berpolitik cara Islam,berfikir cara Islam dan menghormati pendapat orang lain pun cara Islam.Tiada tempat bagi mereka dalam Pas untuk membina team atau kroni tapi pada hakikat nya inilah yang berlaku di NS membuatkan PAS menjadi tidak bermaya, bermusuhan sesama sendiri dan akibatnya Pas kalah teruk di Bagan Pinang Biarpun PJ NS seorang yang berpendidikan tinggi Bersih dari rasuah dan sebagainya.


Apa yang ditakuti, jika kemelut krisis kepimpinan ini tidak segera di selesaikan Pas akan menerima padah pada P'raya yang akan datang.Pas Pusat perlu turun ke akar umbi, cari punca permasaalah,jangan bersikap double standard, malah Saudara Zul juga merupakan AJK Pas Pusat.

Sekiranya semua pihak yang bertelingkah, dapat menemui jalan penyelesaian,dan sekiranya ada yang terlepas jawatan dan sebagainya... anggaplah ia satu pengorbanan kpd Islam.Utamakan perjuangan menegakan kalimah Tauhid Allah, biarlah kita tidak di kenali di dunia,tetapi dikenali di langit.



Ada lagi permasaalahan lain sperti Isu duit ko-falaq yang bernilai ratusan ribu mengalami kerugian dalam pelaburan.Ahli2 ada yang mencarum sahingga 30,000 tidak mendapat apa pulangan sejak tahun 1998 lagi.Mereka mengatakan tidak menghalalkan walau sesen pun duit pelaburan mereka yang kabarnya telah di lenyapkan oleh individu2 yang di berikan amanah oleh koperasi.


KO-falaq di tubuhkan di Seremban,dan ahli2 koperasinya terdiri dari ahli2 Pas seluruh NS.Saya merasakan pimpinan Pas NS semestinya lah cuba membantu dan memberi jalan bagaimanakah untuk menyelesaikan masaalah tersebut yang menjadikan kebanyakan ahli2 Pas tawar hati dan merasakan mereka telah tertipu secara terhormat.

Perkara2 tersebut merupakan penyumbang kepada KELEMAHAN PAS DI NS. Saya berharap agar Pimpinan Pas peringkat pusat turun kebawah,berani merungkai masaalah, juga bersikap telus membuat sesuatu keputusan.

Jika semua dapat di selesaikan,saya percaya Pas NS yang satu ketika dahulu begitu aktif dalam berpolitik dengan gabungan Ustaz2 dan ahli2 profesional akan berjaya mengharungi p'raya yang mendatang dengan semangat juang Roh Islam yang menjadi nadi perjuangan.

Pun begitu, kepada penyokong2 dan ahli2 Pas carilah Ilmu akhirat, untuk menjadi penghuni surga.Kita mencari Harta dunia untuk dibawa ke akhirat, bukan nya mencari harta dunia untuk menuju ke neraka. Orang yang cerdik adalah orang yang berfikir untuk kehidupan di akhirat...wazkurrabbaka...fi... nafsika...[sebut nama tuhan kamu dalam diri kamu]

No comments:

Post a Comment