Friday, October 9, 2009

bahaya terlalu memuji calon berlebihan

salam. Calon Pas saudara Zulkefly Omar selaku PJ NS menjadi tumpuan rakyat melaysia khususnya penyokong Pas. Harakah memberi ruang berita yang begitu besar dalam p'raya kecil Bagan pinang,dan dalam terbitan edisi terbaru mereka kelihatan gambar dua calon berdiri sambil berbual dan tulisan berbunyi 'pertembungan bersih lawan rasuah,benar lawan bohong'

Banyak lagi berita2 yang menceritakan kehebatan calon pas ini dari segala sudut,dan kadang2 saya merasakan agak tersasar dan terlalu berlebihan.Malah dalam satu rencana diberitakan 'bakal YB' ini bangun seawal pagi,pergi ke gerai minuman bertemu pengundi Bagan Pinang setelah bersolat subuh di masjid.

Hanipa Maidin dalam tulisannya agak tinggi pujian kpd 'bakal YB' ini yang menggelarkanya 'adun Broga' dimana saudara Zul telah berjaya dalam bantahannya.

Memanglah pada adatnya harakah berhak untuk untuk memberitahu kpd penyokongnya dan lebih2 lagi pengundi di Bagan Pinang bahawa calon mereka perlu diundi dan mengapa perlu dimenangkan kali ini.

Memang pada p'raya kecil ini,Pas mempunyai berlori2 isu apalagi dengan tercalonnya Isa Samad yang telah didapati terlibat melakukan rasuah politik.'Giant killer'2 yang memberi ceramah rata2 menggunakan isu rasuah menjadi topik utama ceramah.

Dan sememangnya rakyat, baik Umno Pas telah mengetahui bahawa orang yang bernama Isa Bin Samad telah digantung selama 3 tahun oleh Umno.Yang peliknya Tun Maha pun tidak ketinggalan menghentam dan menganyang Umno dalam Blognya."Jangan pilih orang yang tidak bersih, ini akan memberikan kesan yang besar kpd parti" tegas Maha dan beliau menambah Umno mungkin kalah jika Isa di calonkan.

Malah Tun Maha tidak mahu berkempen di Bagan Pinang, mungkin ingin mempertahankan prinsip tidak mahu menyebelahi kaki rasuah.

Kadang2 kita berfikir juga, apa sudah jadi dengan Tun,dulu Isa Samad merupakan 'orang kuat' Tun selama berbelas2 tahun.Isa terkenal dengan patuh dan taat kepada ketuanya.Sebab itu Isa berjaya di NS di atas bantuan Tun.

Banyak cara berpolitik Isa mirip Tun dari segala aspek, tak kira meletakkan 'orang2 tertentu' bagi tujuan politik, bersandiwara dengan musuh2 politik, dan mungkin juga cara2 melakukan rasuah politik di ambil dari 'boss lamanya'

"kemana tumpah kuah kalau tidak ke nasi" beritahu seorang kawan apabila saya tanyakan masaalah ini.Dia pun menjadi hairan dan pelik di atas muslihat apakah Tun menjadi begitu benci dengan rasuah, kezaliman, pembohongan kerana katanya lagi dizaman Tun lah virus ini begitu merebak."Anuar didapati tidak bersalah dalam kes liwat, dan Tun tuduh Anuar menumbuk mukanya sendiri dan berbagai lagi"sambung kawan saya lagi.


Manusia yang dijadikan Allah ini akan berkata2,berjalan berbual, tidur dan jaga kerana roh atau nyawa masih berada di dalam jasad[badan]Maka akan terbujur apabila roh[nyawa]diambil kembali oleh Allah apabila tiba masanya.Percantuman jasad dan roh ataupun kejadian latifatull rabbaniah Allah ini mesti di jaga dan di pupuk oleh manusia mukmin.


Tun telah berubah dalam pendekatannya.Beliau begitu benci dengan rasuah, kezaliman,ketidak adilan,tetapi suatu ketika dulu beliau pernah dilebelkan sebagai'maha firaun'.Banyak pejuang2 Islam 'syahid' di zaman Tun,pusat tahanan kemunting penuh,Isa digunakan sewenang2nya malah seorang kawan pernah berkata kpd saya"kalau mahathir mati, aku nak kencing kubur dia". Dia begitu marah kerana isu liwat Anuar yang tidak ada kebenarannya langsung.


Oleh itu manusia ciptaan Allah ini boleh berubah2 sikap dan perwatakannya.Pas telah mengalami banyak pengalaman pahit dalam soal kepimpinan, termasuk Allahyarham Datuk Asri yang keluar Pas, dan 'mati dalam Umno'.Begitu juga diperingkat kawasan,cawangan berbagai2 ragam karenah ahli yang tak akan habis2 selagi kita dinamakan manusia.


Pun begitu,di dalam Islam,ada meletakkan garis panduan untuk memuji atau memperkenal seseorang,lebih2 lagi dalam kontek p'lihanraya.Kita tidak di benarkan memberi terlalu banyak pujian yang melambung2 dan kadang2 ia tidak menepati langsung dengan perbuatan sebenar orang yang di puji.


Terlalu banyak pujian dan sanjungan ditakuti akan memberi kesan yang besar kpd orang yang kena puji,apalagi lagi dalam keadaan sekarang, fokus tertumpu kpd calon-'bersih lawan rasuah'
'benar lawan bohong'.Disini satu tugas berat kpd calon Pas untuk menepati atau membetuli apa yang tertulis dan terpampang di harakah.Kita percaya Saudara zul tidak 'bersikap ' begitu tetapi dia mesti berhati2 bagi membuktikan apa yang telah tersurat.

Sebagai contoh'kempen mesra Zulkefly cuit hati pengundi' adakah rencana ini benar2 dapat menambat hati pengundi atau sekadar untuk memberitahu yang calun Pas ini seorang mesra rakyat,kerana dia sering mengukir senyuman biarpun ketika berhadapan dng Isa.

Saya merasakan agak kurang tepat ayat 'benar lawan bohong' di gunakan kerana ini seolah2 calun Pas senantiasa benar perlakuan kerana ayat ini digunakan untuk membandingkan peribadi kedua2 calun.Ia agak keterlaluan untuk dibandingkan begitu.Apalagi sebagai seorang manusia yang hidup dizaman yang penuh dengan fitnah dan hasad dengki, hanya 'wali2 Allah sahaja yang terlepas dari perbuatan bohong'

Agak susah untuk kita memperkatakan tentang keperibadian seseorang,kerana ia perlu dilihat dari segala aspek, dan kadangkala ia akan terungkai apabila tiba masanya, juga akan terjawab tanpa perlu ditanya.Penilaian seseorang juga berbeza, baik bagi kaum lelaki atau wanita.

Justeru itu, saharusnya pujian2 yang terlalu tinggi tidak banyak ditulis ditakuti akan melalaikan sendiri yang kena puji dan timbul pula perasaan 'riak,ujub dan heran kepada kelebihan diri sendiri' Penyakit2 hati ini amat payah untuk diubati kerana Imam Ghazali sendiri menyatakan penyakit ini tidak terlepas dari manusia tak kira ulama besar,ustaz,pemimpin dan lain2.


Penyakit ini di kenali sebagai 'penyakit rohani' dan ubatnya perlu pergi mencari 'doktor rohani' yang akan memberi cara2 untuk merawatnya.Perkara 'sir' atau 'ismu zat' ini tidak dapat perkatakan dengan ayat,tetapi akan difahami oleh orang yang merasakannya sendiri.


Oleh itu berpada2 memberikan pujian,jangan melampui batas ditakuti akan 'makan tuan' begitu jga dalam membuat perbandingan.Biarlah sekadar untuk memberitahu sahaja, dan bukan berlebihan2 takut2 tak termampu untuk di pikul oleh yang kena puji. Harakah sudah matang dalam berita, ia merupakan lidah parti, seharusnya semua implikasi diambil kira.


Akhir sekali kalah menang ditangan Allah, kita usaha saja,sekiranya menang semua di atas kehendaknya, jika kalah muhasabah diri kenapa kalah.Amanah besar menunggu saudara Zul tak kira ia menang atau kalah, kerana ia merupakan seorang calun yang 'benar',bersih' dan mencuit hati masyarakat.

Lenggeng juga menunggu bila kembalinya Saudara Zul untuk beramah mesra dengan pengundi2 seperti dia berjaya 'mencuit' hati pengundi Bagan pinang,seharusnya pendekatan di Bagan Pinang perlu dipraktikkan di Lenggeng pula.


Sirru..alla..barakatillah..Semuga tulisan ini dapat memberi sesuatu kebaikan, peringatan kepada yang terlalai di ulit pujian kerana perjuangan para2 sahabat tabie dan tabiin senantisa berpijak di bumi nyata..Wazkur...rabbaka... fi..nafsika....

No comments:

Post a Comment