Friday, October 16, 2009

Silap calon punca Pas tewas di BP

Saya sudah menjangkakan Pas akan kalah di BP.Dalam blog yang saya tulis menceritakan segala kemungkinan berlaku malah jika tersilap meletakkan calon Pas akan terima padah.

Pas meletakan PJ N9,atas kehendak pucuk pimpinan kerana beberapa fakta yang mungkin memberi kelebihan bagi meraih kemenangan."PJ dipilih kerana ia calon muda dan berpendidikan tinggi"kata Haji Hadi Awang sewktu mengumumkan calon Pas.

Kelebihan sebagai PJ N9,disamping kehendak semasa telah membolehkan PJ dipilih,namun kekadang kita terlupa bahawa kehendak pengundi tempatan perlu juga diambil kira.Pas tidak membuat kajian terperinci dan menyeluruh bagi calon di BP,malah terlalu ghairah mengunakan kelebihan akademik dan jawatan di dalam parti sebagai senjata untuk mempengaruhi pengundi.

Memang diakui perkara tersebut penting bagi seseorang calon,tetapi ia agak berlainan di BP.Sekiranya PJ anak tempatan kemungkinan memberi kelebihan,tetapi dia dianggap 'orang luar' yang hanya berjinak ketika p'raya sahaja.

Pas cuba menidakkan yang Isa anak tempatan,ini merupakan satu kesilapan kerana pengundi di BP tahu yang ayah Isa sendiri bermastautin di BP pinang puluhan tahun lamanya.Isa mempunyai ipar duai serta kaum kerabat yang banyak di BP.Kalau kita ambil kira kekuatannya di Bahagian Telok Kemang saja,sebagai ketua Bahagian yang tidak pernah dicabar apalagi kalah,sudah mencukupi memberi gambaran yang Isa menjadi idola mereka.

Saya juga mempertikaikan kenapa PJ N9 bertanding,kenapa tidak dicalonkan semula calon lama yang cuma kalah sekitar 2000 undi.Adakah Pas membuat keputusan bahawa ia begitu yakin kemenangan berpihak kepada mereka sekiranya PJ N9 bertanding.

Malah dalam blog saya menyatakan undi protes secara berhemah akan berlaku sekira nya PJ bertanding.Adakalanya ahli2 Pas tidak memandang parti tetapi memandang calon yang di kemukakan.Amalan begini mungkin tidak berlaku di kelantan,kedah atau Terengganu,tetapi sering berlaku di NS.

Kebanyakan Ahli2 Pas di negeri2 pantai Barat,masih lagi kurang pemahaman Ilmu Tauhid dan masih rapuh pegangan aqidah mereka.Hampir tiada Instituasi pondok di NS dan kelas2 ugama secara berkitab masih kurang.Kalau adapun sekadar 1 minggu sekali dan mereka yang datang pun boleh dikira dengan jari.

TOk2 guru yang bertaraf guru 'mursid'[guru pembimbing]hampir pupus.Banyak dikalangan ahli2 Pas yang mempunyai kecetekan ilmu,apalagi untuk mempelajari ilmu tasawuf yang merupakan intipati segala ilmu,

Saya selalu mengikuti dalam ruangan harakah,'jejak pejuang'tulisan Mohd Fadli Ghani .Dia menulis kisah2 pejuang dan perintis Pas di zaman 30 puluhan 40 puluhan ke atas.Bekas Mufti Melaka Tuan Haji Hassan,Bekas MUfti NS Sheikh Ahmad Linggi,Dr Burhanuddin Joned merupakan pejuang Islam yang mempunyai Ilmu tauhid dan tasawuf yang begitu tinggi dalam diri mereka.


Malah, mereka juga merupakan pengembang dan pengamal 'Tarikat' dan merupakan guru mursyid yang mempunyai peribadi mulia serta warak.Ini jelas bagi kita, bahawa perintis2 Pas dahulu merupakan seorang pejuang ilmu dan seorang yang beramal dengan ilmu.Aqidah mereka amat susah untuk di goncang,kerana ketinggian ilmu tauhid yang mereka ada. Mereka sebenarnya telah menuntut puluhan tahun di Mekah,dan pakar dalam ilmu tauhid,tasawuf feqah.

Oleh itu kenapa kita sebagai ahli jemaah Islam tidak mahu mengikuti jejak langkah ulama Pas ini? Mereka telah menunjukan jalan yang betul,untuk di lalui,mungkin ilmu2 tersebut merupakan syarat penting bagi semua ahli yang bergelar 'jemaah Islam'

Malangnya ada dikalangan kita yang menentang keras amalan Tarikat,sahinggakan sanggup mencaci dan membuat fatwa mengatakan ia 'bidaah' dalam ugama dan sebagainya.Ini semua berpunca dari kejahilan dan resapan fahaman "wahabiah'yang menular di dalam masyarakat termasuk jemaah Islam.

Sekiranya kekuatan dalaman kita kukuh,apalagi luaran natijah dari mengamalkan amalan2 kerohanian ini,saya percaya undi protes tidak akan berlaku dalam Pas.Begitu juga dengan pemimpin tidak akan bersikap di luar dari kehendak Islam.


Berbalik kpd pokok cerita, Memang berlaku undi protes kerana PJ telah mendapat undi yang begitu memeranjatkan,jauh dari jangkaan penganalisis politik2.Kekuatan kempen saya rasa sudah mencukupi,semua negeri turun,kebanyakan2 'giant killer'PR turun,liputan besar2 harakah kpd calon Pas dan berbagai strategi pilihanraya digunakan oleh Pas yang diketuai oleh Sallahuddin Ayub.


Saya kurang setuju sekiranya kekalahan Pas berpunca dari kesuntukan masa untuk menjelaskan dasar parti,UMNO menakut2kan pengundi dan pemberian wang kepada pengundi.Saya rasa sememangnya setiap p'raya kecil yang ditandingi Pas, perkara tersebut sudah menjadi lumrah dan asam garam kita,malah lagi banyak provokasi kekadang lagi besar kemenangan _Pas. Apa kurangnya di Bukit Gantang
,Manek Urai dan Lunas.Kita menang dalam situasi panas dan sukar.


Disini saya berpendapat,punca besar kekalahan teruk yang dialamai pada p'raya BP adalah kerana meletakan PJ NS9 bertanding.Perang dingin sesama ahli, perasaan tidak puas hati kepada PJ NS9 yang dipendamkan sekian lama menjadi jawapan kepada kekalahan ini. Saya telah di hubungi oleh Mantan Ketua Pemuda Pas NS,dia juga bekas YDP Telok Kemang untuk sekian lama,menyatakan rasa terkilan terhadap sikap PJ yang langsung tidak menghubungi beliau walau sekalipun."ana sedih,orang yang ana didik dari peringkat pemuda lagi,setelah menjawat jawatan PJ berubah sikap dan ibarat 'kacang lupakan kulit"jelas beliau geram bercampur sedih.

"Ana berjuang kerana Allah,Ana berpegang kepada prinsip perjuangan yang menjadikan keiklasan sebagai kunci utama,Insyaallah kemana tercampakpun akan di bantu Allah"Tambahnya lagi dimana dudia kini memegang jawatan YDP Keningau dan Ketua Penerangan Pas Sabah.

Kita seharusnya menerima hakikat, perpecahan dalaman parti merupakan 'bahana' besar kepada organisasi.Ubat perlu di cari,untuk mengubatinya.Pimpinan atasan tidak seharusnya memandang 'enteng' dan 'lepas tangan'dalam permasaalahan ini.

Buatlah kajian hingga ke akar umbi,turun keperingkat 'grassroot' rungkaikan segala kemelut yang berlaku,segala rumusan dan pandangan itu dijadikan landasan untuk memperbaiki jemaah yang terlalu lama memendam rasa,menyimpan hati dan sebagainya.


Pas Untuk jemaah Islam,Ia bukan hak peribadi,jawatan dalam parti akan hanya diberi kpd mereka yang benar2 ikhlas dalam perjuangan,bukan untuk tujuan peribadi.Kita semestinya mencari seorang pemimpin yang tidak suka di puji,tidak suka menceritakan kehebatan diri sendiri kpd orang lain,mengamalkan sikap menghormati pandangan orang lain,tidak di pengaruhi oleh keluarga atau seseorang di belakang tabir.Ini semua penyakit'mazmumah' yang di benci Allah.Sifat riak,ujub.takbur dan penyakit yang 'tidak nampak oleh mata kasar'dinamakan penyakit rohani yang membuat kerosakan dari dalam.

Apakah ubat bagi memulihkanya? Imam Al-Ghazali telah memberikan jawapannya dalam kitab2 tasawuf dan cari guru atau 'doktor rohani' untuk merawatnya.Insyaalah,jika kita beramal dng ilmu taufiq dari Allah akan bercambah dalam hati.


PJ N9,perlu menerima kekalahan ini dengan hati terbuka,rakyat BP menolak tawaran yang diberikan nya,tetapi apa yang paling penting bagi saya, Dia juga bertanggungjawab memulihkan semula persepsi dan imej Pas N9 yang tercalar di tangan UMNO disebabkan kerana seorang calon 'perasuah,pembohong' yang berjaya meranapkan impian PJ N9 bergelar YB 'Broga' ke YB 'Bagan Pinan;.

Allah masih tidak menerima doa2 ahli Pas Khususnya PJ N9 untuk mencapai kemenanagan.Sudah 3 kali dia mencuba,dan ini kali ke4 untuknya bertanding..agaknya tibalah masanya Pas diN9 memberi muka baru untuk memimpin parti Islam tersebut.Saya teringat kata2 Dr Rosly mantan P'jaya pas N9 apabila di tanya bilakah kemenangan akan berpihak kepada Pas "tunggulah den balik dari Bangladesh,Insyaallah monang" katanya berjenaka.

Akhir kata maaf dipinta dari saya,sekiranya tersinggung dan memberi kesan burok kepada parti,tiada gunanya kita berselindung di balik sehelai daun nescaya orang nampak,tiada gunanya kita bermuka2 tapi akhir orang tahu perangai kita.. lebih baik menulis untuk menyedarkan senua pihak..Saya ahli jemaah Islam yang sayangkan Parti, hanya ini yang termampu untuk saya taburkan kpd satu parti yang di pusakai oleh arwah datuk dan ayah Parti Islam Semalaysia....Wazkur..rabbaka...fi..nafsika..jumpa lagi



No comments:

Post a Comment