Thursday, September 24, 2009

Pas perlu letak anak tempatan di Bagan Pinang

Desas desus mengatakan Pj Pas NS menjadi calun di Bagan Pinang sedikit sebanyak melegakan Umno T.Kemang.Ini kerana mereka tau Saudara Zul yang merupakan calun dun Lenggeng telah beberapa kali tewas dlm PRU yang lepas.Pada PRU yang lepas Saudara Zul tewas kpd Mustafa kamal yang merupakan pendatang baru malah YB Lenggeng itu tidak disenangi oleh beberapa cawangan Umno ketika itu.
Sebelum ini saudara Zul telah tewas ditangan Datuk Ishak yang merupakan ketua bahagian Umno Seremban ketika itu.Sebenarnya pada PRU yang lepas,merupakan peluang keemasan bagi PJ NS untuk merasa menjadi YB namun sikap kurang 'mesra'dan mengambil hati pengundi tempatan menjadi faktor utama kekalahannya.Ini ditambah lagi dng permasaalah dalaman Pas Kawasan Seremban.

Sebenarnya Saudara Zul perlu menyelesaikan kemelut Pas Kawasan Seremban yang masih lagi digantung hampir 8 tahun,ekoran perebutan menjadi PJ Pas NS ketika itu.Kabarnya sahingga sekarang pengikut yang setia kpd bekas PJ lama saudara Mk Ibrahim masih tidak mengiktiraf saudara Zul sebagai PJ NS

Ada percubaan untuk menyelesaikan dan mendamaikan semula ahli Parti,bahkan saudara Mat sabu yang dilantik sebagai 'orang tengah'ketika itupun 'pening kepala'melihat karenah mereka.

Apakah saudara Zul ingin melihat perkara itu terus berlaku,setelah Dr Rosly Yaakop cuba menyelesaikannya tetapi gagal lalu membawa diri ke Bangladesh.Namun sahingga sekarang Pas Kawasan Seremban masih bergolak dikalangan mereka.

Ada beberapa faktor yang menjadikan perkara ini tidak dpt diselesaikan,malah peristiwa Isu Ko-Falah yaitu satu koperasi yang di tubuhkan pada tahun awal 1998 kononnya untuk menubuhkan sekolah menengah Islam lanjutan Pasti yang telah berjya megumpulkan ratusan ribu ringgit tapi malangnya telah mengalami kerugian dan ramai dikalangan ahli yang melabur puluhan ribu tidak mendapat kembali wng keuntungan,malah pelaburan pokok pun lenyap begitu saja.

Saya masih ingat nama2 besar dlm Pas kawasan Seremban ketika itu, Spt saudara Ali Maidin,Hj Ghazali Maasum dan beberapa pimpinan Pas yang begitu aktif mencari ahli baru bagi tujuan pelaburan'kononnya akan mendapat keuntungan sahingga 60%.

'Kami telah diperdaya oleh jemaah sendiri,dan kami amat kesal di atas sikap Ahli Lembaga Pengarah Ko-Falah yang tidak dapt mengembalikan semula pelaburan pokok kami'kata salah seorang dari pelabur.


Ada dikalangan ahli yang melabur mencecah 30,0000,seorang bagi niat untuk membantu keujudan sekolah menengah Islam tajaan keporasi khususnya PAS NS.
Kabarnya, pakar pelaburan dalam keporasi ketika itu yaitu saudara Ali Maidin nasih aktif mengusahakan peleburan dinar Iraq disamping projek tanaman tembikai.Saya igin bertanya kpd saudara Ali Maidin,adakah saudara terlupa dengan peristiwa Ko-Falah yang begitu megguris hati dan perasaan ahlinya.Adakah keporasi ini ditubuhkan benar2 untuk memberi keuntungan atau ada niat lain bagi melenyapkan wang ahli yang terkumpul dengan cara begitu berhemah.

Saudara Ali Maidin sendiri pernah pergi ke UK untuk melabur,dan dia begitu arif dan bijak dalam saham Nasdaq dn sbgnya.Tetapi apakah kesudahan koperasi ini, hampir 10 tahun telah berlalu,ia tiada pembelaan dikalangan koperasi sendiri.Hj Ghazali Maasum sendiri pernah menerangkan di dalam ceramah Ko-Falah sekiranya mencarum sebanyak rm10,000 tanpa diambil keuntungan selama 8 tahun angkanya akan menjadi 100,000,itulah janji Koperasi ketika itu.

Saya merasakan,Pas Ns perlulah mencari jalan penyelesaian, kerana dalam perjuangan untuk menegakkan hukum Allah dan kalimah Allah tidak harus ada penipuan,penyelewengan dan penindasan secara tersirat di dalam hati kecil.Adakah kemenangan itu boleh menjamin segala sikap dan perbuatan turut berubah?

Saudara Zul selaku PJ mesti mencari jalan dan perlu bersikap terbuka dan tidak sombong diri,anggap jawatan itu penghubung kepada surga Allah dan kebajikan dunia yang tidak perlu kepada pujian manusia.Biarlah kita tidak terkenal di bumi tetapi terkenal di langit.Segala apa pekerjaan yang dilakukan mestilah berpijak dng hukum Allah.

Yang penting setiap pejuang Islam mesti ada 3 ilmu pokok untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.Kekuatan Ilmu tauhid,usuludin atapun ilmu kalam yang merupakan tunjang aqidah kpd esanya Allah.Dia pencipta, dan bumi ini diciptanya harus saja baginya.dia tidak berjirim dan berjisim.Yang kedua, ilmu tasawuf yaitu ilmu hati yang merupakan ibu segala ilmu dan tempat bermulanya perbuatan.Mujahid Islam hojatul Imam Al-Ghazali adalah pakar ilmu tasawuf dan ilmunya ibarat laut tidak bertepi.Malangnya ramai dikalangan pendokong jemaah tidak mahu mempelajari secara bersungguh2,malah ada dikalangan mereka mencaci dan memperlekehkan ilmu ini,dan ketiganya ilmu feqah untuk ibadah kpd Allah.selepas itu beramallah dengan ilmu dan teruskan perjuangan menegakkan hukum disamping kekuatan rohaniah kita dengan Allah sentiasa berhubung setiap detik.

Oleh itu,wa ima siapa saja yang menjadi calon,perlu muhasabah diri,tetapi sekiranya anak tempatan Bagan Pinang menjadi calon peluang agak cerah,dan sekira PJ menjadi calon peluang Pas tipis.Pas pusat perlu ambil kira dari segala aspek dan perlu turun keakar umbi meneliti nama calon biarpun calun itu tidak di kenali diperingkat tertinggi tapi yang penting ia disayangi serta disenangi oleh penduduk bagan Pinang yang tidak pernah memberi undi kepada pembangkang sebelum ini.

Umno telok Kemang di bawah Isa Samad berakar umbi selama puluhan tahun,dan ia merupakan kubu Umno dimana Isa mempunyai saudara dan ipar duai berlori lori di sana.
Pas perlu bergerak dan merobohkan tembok tersebut biarpun ia nampak mustahil tapi boleh berlaku kejutan sekiranya pendekatan politik berhemah diguna pakai bagi memikat pengundi.

Memang diakui sebelum ini,Pas berjaya membawa ribuan penyokong2 ke tempat pilihanraya,bagi meguatkan sokongan moral parti,sekali gus menggusarkan Umno, namun kekadang tidak dpt membantu kemenangan calon kerana faktor2 gerak gempur Umno yang berselindung disebalik wang ringgit dan janji2 manis oleh pemimpin dan menteri2 yang berkempen kelak.


Perlu diingat,NS adalah negeri adat.Sesetengah pengamal adat sanggup 'MATI ANAK JANGAN MATI ADAT'dan mungkin mereka juga memegang konsep 'jangan mati Umno biar mati Pas,kerana Umno dan adat begitu dekat dihati mereka.Masih ramai dikalangan tok2 ketua,tok2 kodompa dan ketua JKKK atau dengan singkatan 'jawatan kuasa jin kacau kampung'berpihak kpd Umno dan mereka sayangkan Umno lebih dari anak sendiri.

Sebab itulah pda PRU yang lepas Pas hanya berjaya mendapat 1 kerusi di dun Paroi,dan PJ NS tersungkur di kampung sendiri dun Lenggeng.Sebaliknya Parti keadilan yang tidak banyak cawangan berjaya memenangi beberapa kerusi.Pas perlu memikirkan perkara ini,cawangan banyak tapi masih gagal dlm pilihanraya pada kontek di NS.

Pas dinegeri Sembilan mempunyai ramai tokoh2 yang berwibawa.Mereka mempunyai ustaz2 yang berjiwa pejuang,beramal dengan ilmu, dan mempunyai pengaruh dikalangan penduduk setempat.Begitu juga ahli akademik yang bergerak sebagai ahli parti maupun penyokong parti.Kita telah berjaya menyatukan mereka pada pilihanraya tahun 2000,lambakan idea dan infak2 untuk kerja pilihanraya begitu banyak sahinggakan beberapa orang doktor telah mengistiharkan diri sebagai ahli Pas.

Biarpun berlaku pertelagahan pendapat, namun ia tidak menjejaskan ukhuwah dan parti ketika itu, sahinggalah sampai kepada isu PJ dan Pas kawasan Seremban yang bergolak sahingga sekarang.Mengapa Saudara Zul masih tidak berjaya merungkai masaalah ini,dimana Lenggeng di dalam kawasan Pas Seremban,atau saudara Zul sengaja tidak mau menyelesaikannya.Ini perlu diberi penjelasan dan lebih 8 tahun Pas Kawasan Seremban digantung tanpa tali.Pas Pusat perlu campur tangan demi perjuangan dan ahli2 Pas Kawasan Seremban.lebih2 lagi PJ bersikap terbuka.


Oleh itu, sekiranya Pas meletakkan Saudara Zul sebagai calon di Bagan Pinang,sudah tentu agak mudah bagi Umno untuk menang, dan isu kekalahannya tempat sendiri akan dijadikan isu utama bagi Umno.Isa Samad yang mempunyai strategi bagi'come back' dlm politik beliau dimana mungkin disokong oleh PM sudah pasti akan 'all out'pada pilihanraya kecil ini.Ini merupakan permulaan yang baik bagi Isa untuk meyakinkan PM bahawa dia masih berkuku dan masih menyelitkan keris bujang tanpa bersarung di pinggangnya.

Ada dikalangan pemerhati politik berkata,akan berlaku keretakan di NS sekiranya nama Isa di tolak sebagai calun diBagan Pinang.MB sedang memerhatikan dengan penuh berhemah kerana pada adatnya memanglah Isa menjadi calon.Agak sukar duduk di dalam negeri beradat ini,kerana tok2 adat kebanyakannya masih memegang keris bujang di pinggang mereka apabila pergi bermesyuarat.Ini ditambah dng Pak Rais Yatim yang memang pakar adat perpatih yang menjadi tonggak kekuatan NS.Pada dasarnya adat memang bagus jika menuruti sunnatullah dan hukum Allah,tapi ia akan jtuh haram jika berlawanan dng hukum Allah.


Pertembungan kali ini sudah pasti menarik,banyak open hause dan makan free disediakan oleh kawan dan lawan,mmungkin pembaziran makanan berlaku malah mungkin menjadi sahabat syaitan buat beberapa ketika,mungkin lambakan kain pelikat, basikal copper,bantuan secara ad-hoc ditambah dengan suasana raya yang masih hangat.


Kita akan berpeluang melihat kelibat pendebat2 dan pemidato2 khususnya Ustaz Hadi,Dato' Seri Anwar Ibrahim yang akan turun ke Bagan Pinang kampung yang bertuah selepas raya,dengan lambakan projek2 raksasa oleh pihak berkuasa.

Tapi sayangnya Pesuruhjaya Pas NS bukanlah dilahirkan sebagai seorang pemidato,kurang faseh berpidato,dan kadang2 lupa diri dan kekadang suka di puji dan minta di puji.Teguran untuk kebaikan bersama dan seharus diterima dengan hati terbuka... Waskur... rabbaka.... fi...nafsika jumpa lagi

2 comments:

  1. hujah yang hebat dan mantap,beserta dengan fakta,ini duduk belah mana ni umno ke pas,mcm nak bagi jatuh pas je?

    ReplyDelete
  2. T.kasih beri respon,ana sayangkan perjuangan yang akan dibayar Allah dengan harga yang tinggi ini,tpi seandainya bukan niat kerana Allah dan membuat perkiraan sendiri untuk mengekalkan jawatan,lama kelamaan kalau tidak ada yang menegur secara ikhlas ditakuti jemaah dan parti akan porak peranda dan tidak berkembang.Jadi tegur dan tulis untuk membena

    ReplyDelete