Sunday, November 27, 2011

Pas Sepang mesti hidupkan kembali Kelab Penyokong

Kepimpinan Pas Kawasan Sepang harus memikirkan bagaimana untuk menghidupkan kembali kelab penyokong yang pernah ditubuhkan pada PRU ke12 yang lalu.Ini kerana peranan kelab tersebut telah memberikan impak yang besar kepada Pas di mana ia berjaya menarik sokongan pengundi bukan melayu malah berjaya mengurangkan undi BN sebanyak 8 ribu mengikut bancian yang telah dibuat.
Sebenarnya BN amat cemas dan gelabah dengan perkembangan tersebut malah mereka mengambil pendekatan yang drastik untuk mengembalikan semula sokongan masyarakat bukan melayu khususnya kaum India yang mempunyai peratusan undi yang agak besar di Parlimen Sepang.
Oleh itu Pas Kawasan Sepang perlu menggerakkan semula kelab penyokongnya, dan kepimpinan Pas kawasan perlu turun ke bawah bagi merealisasikan tujuan tersebut.Kepimpinan Pas yang lepas,telah gagal menyelami hasrat dan kehendak pengundi bukan melayu khususnya kaum India malah langsung tidak bertanya kabar setelah habis musim pilihanraya.
'Kami bukan mau itu calon Pas punya duit[Haji Maki]tapi datang dan jumpalah kami, jangan masa undi saja jumpa kami'keluh seorang pengundi india sambil menyatakan dialah yang membawa haji maki calon Pas ketika itu masuk ke kawasan penempatan estate di sekitar Parlimen Sepang.
Kita merasakan bahawa sokongan bukan melayu kepada calon Pas pada PRU yang lepas begitu ketara dimana Datuk Zain menang majoriti 2 ribu lebih berbanding pada PRU sebelumnya sebanyak belasan ribu.
Sudah sampai masanya Pas Kawasan Sepang yang di ketuai oleh YDP yan baru menghidupkan kembali kelab penyokong yang sekarang ini terus tenggelam dan dilupakan langsung.Kepimpinan baru bertanggungjawab demi kebaikan parti bagi menghadapi PRU yang akan diadakan bila2 masa dari sekarang.

1 comment: